Oleh pada 21 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Mona Syamimi & Instagram Ewal

Kontroversi Mona Syamimi yang dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi berterusan apabila ada desas-desus mengatakan status dirinya merupakan seorang ibu tunggal.

Wanita berusia 27 tahun itu tanpa berselindung mengakui hal berkenaan.

"Ya benar saya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak.

"Saya pernah berkahwin pada tahun 2009 tapi hubungan itu tidak berpanjangan," katanya yang dipetik daripada laporan portal Mstar Online.

Mona membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas dakwaan mengatakan dia berstatus ibu tunggal dan sedang berkawan rapat dengan seorang pemain bola sepak Terengganu.

Sementara itu, Mona memberitahu niatnya mengeluarkan kenyataan terdahulu kepada media bukanlah untuk menjatuhkan reputasi pihak tertentu, sebaliknya ingin mempertahankan dirinya kerana maruah yang tercalar.

"Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baharu iaitu Mohd Ridzuan.

"Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Ewal yang mendakwa pernah didekatinya, Mona menafikan ada cubaan untuk menggoda penyanyi yang juga merupakan guru vokal itu.

Tegas Mona, dia berkenalan dengan Ewal termasuk Syamel sebelum AF Megastar lagi, malah mereka pernah keluar beramai-ramai.

"Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja.

"Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya," dedahnya.

Pramugari itu turut memaklumkan dia mempunyai beberapa kenalan artis lain termasuk penyanyi Shiha Zikir dan penyampai radio Hot FM, El.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)