Seorang wanita dikenali sebagai Raudhatul Ain Rosli tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan Shahir Zawawi.
Dalam beberapa siri kiriman status yang dimuat naik di laman Facebook itu, Raudhatul Ain Rosli atau Ain melepaskan amarahnya kerana tidak mampu lagi bersabar selepas beberapa kali ditipu.
Jelas Ain, penyanyi berusia 29 tahun itu berkali-kali melanggar janji untuk melunaskan hutang hingga dia terasa seperti dianiaya.
Dakwaan itu turut disertakan dengan bukti perbualan Whatsapp, mendedahkan bagaimana beliau cuba menuntut hutang tetapi diendahkan bintang AF Megastar itu.
Wanita ini masih dengan pendirian untuk mendapatkan kembali wangnya, serta hanya akan membuat permohonan maaf secara terbuka selepas penyanyi itu melangsaikan hutang berkenaan.
Sehingga kini tiada kenyataan balas dikeluarkan daripada pihak Shahir.
Kredit foto & sumber berita: Facebook Raudhatul Ain Rosni