Oleh pada 20 Oct 2017 kategori

Kredit foto: star2.com & Facebook Mona Syamimi

Aktres Erra Fazira mahu Shahir bertanggungjawab atas isu yang ditimbulkannya, malah tampil berani menyelesaikan kontroversi yang dimulakannya sendiri.

Tidak mahu bercakap dengan panjang lebar, primadona berusia 43 tahun itu memberitahu dia percaya ada hikmah tersembunyi dalam kejadian yang berlaku.

"Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini.

"Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan," katanya memetik laporan portal BH Online.

Bagaimanapun, penyanyi yang juga merupakan usahawan itu tetap mendoakan yang terbaik kepada bintang AF Megastar itu dalam perjuangannya di konsert akhir Ahad ini.

"Saya percaya, dia kena fokus pada persiapan menjelang pertandingan akhir itu," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Gerak Khas untuk musim terbaru.

Namun ibu kepada Engku Aleesya itu juga dilihat enggan menjawab tentang status hubungan mereka yang kini telahpun berusia tiga tahun.

Malah Erra belum bersedia memberi sebarang kenyataan berhubung niat Shahir yang ingin menyuntingnya sebagai isteri awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, menurut laporan BH Online, usaha mereka untuk mendapatkan keterangan Shahir gagal.

Awal minggu lalu, beberapa keping foto mesra Shahir dan seorang pramugari bernama Mona Syamimi menjadi tular di media sosial.

Shahir dalam kenyataannya kepada media menjelaskan hubungan itu hanyalah antara seorang artis dan peminat.

Bagaimanapun Mona memberi komen yang dilihat bercanggah dengan apa diperkatakannya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)