Kredit foto: Instagram Ewal & Instagram Mona Syamimi
Pramugari Mona Syamimi yang dikaitkan dengan penyanyi Shahir memberitahu dia bersedia untuk berhadapan dengan aktres Erra Fazira bagi mendedahkan bukti sebenar.
"Saya sedia beri kerjasama sekiranya Erra mahu bertemu saya. Saya tiada masalah untuk menunjukkan bukti perbualan saya dengan Shahir.
"Lagipun saya tidak suka netizen menuduh saya sengaja mengada-adakan cerita. Saya dan Shahir memang berkawan, bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini," katanya menurut laporan Harian Metro.
Dalam masa yang sama, Mona Syamimi atau lebih selesa dipanggil Mimi berkata, dia mahu finalis AF Megastar itu tampil membuat permohonan maaf.
Apatah lagi dia kini sudah mempunyai kekasih baru iaitu pemain bola sepak pasukan Terengganu, Mohd Ridzuan.
"Saya harap Shahir tampil meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Saya tidak mahu isu yang berlaku ini menjejaskan nama dan kerjaya saya.
"Lagipun antara saya dan Shahir hanya kawan. Saya juga baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Mujur saya sudah menceritakan perkara ini terlebih awal sebelum gambar saya dan Shahir menjadi tular," dedahnya.
Dalam kenyataan yang sama, Mimi juga memberitahu bagaimana dia terkejut dengan dakwaan dikeluarkan seorang lagi peserta AF Megastar, Ewal.
Menerusi kenyataan Ewal sebelum ini mengatakan dia nyaris menjadi mangsa godaan pramugari berkenaan.
Sedangkan dakwa Mimi, realiti sebenarnya Ewal yang menyimpan niat untuk mendekatinya sehingga perhubungan dengan teman lelaki sebelum ini terputus.
"Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.
"Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahu kalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar. Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggu saya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami," tegasnya.
Sumber berita: Harian Metro