Kredit foto: Utusan Online

Selepas hampir sebulan laporan polis dibuat oleh Datuk Farid Kamil, akhirnya penyanyi Ahmad Tajuddin atau Taj (Innuendo) hadir di Balai Polis Mutiara Damansara untuk membantu siasatan, semalam. 

Taj tampil bersama dua peguamnya, Mohammad Ashmeer Mohammad Ashrof Raja dan Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar, yang juga merupakan peguam kepada Ahmad Fairuz atau Firdaus, Osh.

Dalam rakaman siaran langsung sebuah portal, Akmal memberitahu bahawa Taj telah berhubung dengannya pada malam Isnin untuk mendapatkan bantuan.

“Kami sudah memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Soal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid bergantung pada keputusan siasatan polis selepas ini," kata Akmal.

Dalam pada itu, Akmal mendedahkan kedua-dua anak guamnya itu merasakan diri mereka telah dianiaya.

Malah, beliau juga membayangkan sebuah sidang media akan dibuat dalam tempoh terdekat ini bagi meleraikan spekulasi yang diperkatakan.

“Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan dan mungkin akan dibawa ke muka pengadilan,” tuturnya.

Sebelum ini iaitu pada 6 Februari lalu, aktor Sofi Jikan direman selama tiga hari selepas didapati positif dadah jenis ganja, ketika memberi keterangan susulan laporan polis dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Manakala, Osh tampil memberi keterangan kepada polis pada 11 Februari.

Farid mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis apabila minumannya dicemarkan dengan dadah, hingga menyebabkan perilaku ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, 11 Januari lalu.

Pelakon 7 perhentian itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 16 Januari lalu.

Begitupun, Farid mengaku tidak bersalah pada 25 Januari ketika hadir di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)