Kredit foto: Harian Metro

Polis mendedahkan pihak mereka telah berjaya menghubungi seorang penyanyi nasyid yang sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya susulan laporan polis dibuat aktor dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari pada 31 Januari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penyanyi era 90-an itu dihubungi menerusi wakil peguamnya pada petang Khamis.

"Penyanyi berkenaan akan hadir dalam tempoh terdekat manakala seorang lagi penyanyi daripada kumpulan R&B tidak dapat dihubungi," katanya.

Beliau ditemui di sidang media selepas Majlis Penutup Karnival Sukan Piala Ketua Polis Negara 2017 yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, pada Khamis.

Juga berada dalam majlis sama, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob.

Terdahulu, Farid mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis apabila minumannya dicemarkan dengan dadah, hingga menyebabkan perilaku ganasnya dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara bulan lepas.

Sumber berita: Sinar Harian & Bernama




Hakcipta iluminasi.com (2017)