Kredit foto: Instagram Farid Kamil

"Saya masih dapat berjalan hari ini (menghadiri program MeleTOP) dan saya rasa sangat bersyukur." 

Demikian reaksi pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, yang bersyukur selepas karier seninya berjalan seperti biasa, walaupun baru dihimpit kontroversi hangat.

Beliau ditemui semalam selepas menjadi tetamu jemputan rancangan hiburan MeleTOP untuk mempromosikan drama terbaharunya, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Ia adalah penampilan pertamanya di kaca televisyen selepas terpalit dengan isu penahanan di balai polis, bulan lalu.

Farid berkata, kes yang melibatkan dirinya itu masih dalam siasatan polis. 

farid kamil dedah perkembangan terkini 2

Kredit foto: Instagram MeleTOP

"Alhamdulillah, kes yang melibatkan saya masih berada dalam siasatan pihak polis. Setakat ini, semuanya okay sahaja," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan insiden yang terjadi itu sebagai sebuah pengalaman berharga yang membuatkannya lebih mengenali diri.

“Syukur Alhamdulillah, pengalaman dihambat kontroversi menjadi sebuah kenangan yang tak boleh dijual dibeli. Saya kembali mengenali diri saya, semenjak kecil sehingga dewasa.

“Saya berterima kasih kerana menerima sokongan ramai pihak. Semangat yang diberikan oleh keluarga, teman-teman, rakan seperjuangan dalam bidang hiburan serta peminat menjadi kekuatan saya untuk menghadapi dugaan,” katanya sewaktu diwawancara pengacara undangan program berkenaan, Datuk Awie dan Erra Fazira

Lafazkan Kalimah Cintamu, drama terkini Farid antara lain menampilkan pelakon Nelydia Senrose, Adriana Adnan, Azri Iskandar dan Adibah Noor, ke udara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)