Kredit foto: Instagram Farid Kamil
Berhubung kiriman terbaru di Instagram Datuk Farid Kamil yang mengatakan dirinya mahu membela orang teraniaya, portal BH Online cuba mendapatkan kenyataan aktor sensasi itu, semalam.
Farid, 37, bagaimanapun memberi jawapan ringkas meminta supaya pihak media menanti di mahkamah pada esok (hari ini).
"Jumpa di mahkamah esok pagi (hari ini) untuk maklumat seterusnya," balas Farid menerusi aplikasi Whatsapp.
Menurut portal itu, Farid yang ditanya tentang punca dia membuat laporan polis sebagaimana yang kelihatan di kiriman foto Instagram beliau, enggan mengulas lanjut.
Usaha mendapatkan jawapannya menerusi panggilan telefon juga gagal kerana tidak berjawab.
Dalam pada itu, Fadzil Zahari yang merupakan adik merangkap pengurus aktor itu enggan memberi sebarang komen.
"Maaf, saya tidak dapat mengulas mengenai perkara ini," katanya.
Kiriman foto Farid berada di balai polis itu telahpun meraih 160,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen dalam tempoh 21 jam selepas dimuatnaik.
Sumber berita: BH Online