Kredit foto: BH Online

Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan akui masih sangsi akan punca sebenar Datuk Farid Kamil membuat laporan polis terhadapnya.

Namun pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu hanya mampu bersangka baik dengan rakannya itu.

"Sampai sekarang saya tidak tahu sebab apa dia berbuat demikian dan dia juga tiada menghubungi saya sehingga sekarang.

"Sama ada kami masih berkawan atau tidak sepatutnya awak tanya dia, saya sentiasa bersangka baik," katanya kepada Mstar Online.

Sementara itu, Sofi berkata, tindakan Farid menekan tanda suka pada foto dan video di laman Instagramnya juga masih menjadi tanda tanya.

Terdahulu, Sofi yang direman selama tiga hari sejak Rabu akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelakon yang juga pengarah itu diberkas sewaktu memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara rentetan laporan polis dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Lagi dua rakan artis yang didakwa Farid memasukkan dadah dalam minumannya ialah anggota kumpulan Innuendo dan Firdaus.

Dalam perkembangan lain, Sofi akan kembali bekerja seperti biasa.

"Insya Allah selepas ini saya meneruskan penggambaran filem Polis Evo 2 dan beberapa projek lain. Bulan depan saya akan terbabit dalam filem baru. Terima kasih kepada semua,” katanya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)