Kredit foto: Instagram Farid Kamil
Aktor Datuk Farid Kamil akui berada dalam keadaan baik.
Pelakon Evolusi KL Drift itu merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan dan para peminat atas sokongan dan doa yang dikirimkan.
Beliau membuat kenyataan tersebut sebagai menjawab komen penerbit terkenal, Tengku Iesta Tengku Alaudin yang bertanyakan keadaannya menerusi Instagram.
"Alhamdulillah Boss @iestatiptra. Kita OK. Terima kasih di atas iringan doa-doa," balas Farid, 37, di laman sosial itu.
Terdahulu, Farid mengemaskini akaun Instagramnya untuk mempromosikan drama terbaharu, Lafazkan Kalimah Cintamu.
Rata-rata peminat menerusi ruangan komen memberikan kata-kata semangat dan perangsang supaya aktor itu bangkit daripada kontroversi lalu.
Sumber berita: Sinar Harian