Untuk bertahun lamanya, wujud pelbagai khabar angin tentang negara terasing iaitu Korea Utara, sebagai sebuah "syurga penghisap ganja".

Kanabis dikatakan ditanam secara menggila di negara ini dan orang dilaporkan boleh membeli secara terbuka di pasaran seperti bazaar serta menghisap di mana sahaja mereka mahu.

Namun, status "kehalalan" ganja di Korea Utara agak tidak jelas. Satu penyiasatan oleh Associated Press membongkar mitos bahawa negara ini bebas ganja, walaupun pelbagai laporan mengiyakan perkara ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebahagian besar dari apa yang kita ketahui mengenai kehidupan di Korea Utara berasal dari anggaran dan tanggapan oleh agensi luar, kerana laporan dari pemerintah negara ini sendiri tidak dapat dipercayai.

Internet tidak wujud di luar rangkaian domestik dan tanpa akses langsung kepada undang-undang Korea Utara, kita akan terus kabur mengenai dasar dadah negara ini.

status ganja di korea utara

Pada tahun 2017, pasukan Associated Press memberikan beberapa bukti yang paling meyakinkan bahawa ganja adalah haram di Korea Utara.

Torkel Stiernlof, seorang diplomat Sweden yang tinggal di Korea Utara, memberitahu Associated Press bahawa ganja adalah bahan terkawal dalam kategori yang sama dengan kokain dan heroin.

Dia menolak idea bahawa pemerintah memandang sebaliknya jika melibatkan penggunaan dadah, seperti yang disarankan oleh beberapa cerita dalam talian.

"Langsung tidak ada keraguan bahawa dadah termasuklah ganja, adalah haram di sini (Korea Utara). Orang tidak dibenarkan membelinya dan menghisapnya menjadi satu kesalahan jenayah," kata Torkel.

Namun, kisah-kisah dan sumber artikel berita tanpa nama telah membanjiri internet dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menyebarkan idea bahawa penggunaan ganja dibenarkan dan berleluasa di Korea Utara.

Simon Cockerell, pengurus besar agensi pelancongan yang pakar dalam perjalanan Korea Utara, memberitahu AP bahawa memang terdapat kekeliruan sebegitu di mana mereka yang ingin mengunjungi negara ini sering bertanya apa yang bakal mereka lihat.

kawasan pedalaman korea utara

"Kami mohon maaf, tetapi kami harus memberitahu bahawa mereka yang bertanyakan sama ada ganja adalah dibenarkan dan mereka tidak akan dapat membelinya di sana," kata Simon.

Satu petikan di Wikipedia menjelaskan dengan baik tentang perkara ini:

"Status ganja di Korea Utara tidak jelas kerana kurangnya sumber yang tersedia untuk dunia luar, dengan beberapa pemerhati menyatakan bahawa ganja adalah dibenarkan, atau sekurang-kurangnya diberikan tolak ansur, manakala yang lain berpendapat bahawa ini adalah salah faham dan bahawa ganja adalah haram di negara ini".

Pada tahun 2013, seorang penulis bebas berusia 29 tahun menulis blog mengenai pengalamannya membalut rokok ganja di tengah pasar yang sesak di hujung utara negara itu.

"Walaupun agak aneh, namun ini merupakan langkah yang cukup selamat. Tidak ada sesiapa yang masuk campur," kata penulis tersebut.

Sejak itu, agensi-agensi berita bervariasi seperti The Huffington Post dan High Times memuji "dasar toleransi liberal" negara itu dan ganja "sangat murah".

ganja dadah

Merry Jane, blog gaya-hidup ganja yang diasaskan oleh Snoop Dogg, bertanyakan adakah Korea Utara boleh menjadi pusat pelancongan ganja seperti Amsterdam setelah laporan menyatakan bahawa orang asing pergi ke negara itu untuk mendapatkan ganja dengan harga RM27.50 untuk sekilogram.

Sebahagian daripada kekeliruan yang menyelubungi status ganja di Korea Utara ini berpunca dari salah faham mengenai apa sebenarnya tanaman ini.

Bahan hijau dan lembut yang dikenali sebagai rami sering disalah anggap sebagai ganja.

Tidak seperti ganja, rami tidak membuatkan pengguna menjadi khayal dan "high" jika mereka menghisapnya, kerana tanaman ini hanya mengandungi sejumlah kecil sebatian kimia yang dikenali sebagai THC.

adakah ganja halal di korea utara

Menurut Associated Press, rami ditanam secara sah dengan izin pemerintah Korea Utara.

Tanaman ini dapat digunakan untuk membuat barang-barang pengguna bermula dari minyak goreng hinggalah kepada tuala, serta pakaian seragam dan tali pinggang tentera.

Pada 3 Mei, United Press International menulis bahawa pihak berkuasa Korea Utara sebenarnya menggalakkan penanaman rami kerana dapat digunakan untuk bahan bakar bagi menggerakkan drone tentera Korea Utara. Namun, laporan ini belum disahkan oleh agensi berita lain.

baju yang diperbuat daripada rami di korea utara

(Seorang jurujual Korea Utara menunjukkan baju yang diperbuat daripada rami di Pyongyang, Korea Utara)

Terdapat kemungkinan berlakunya kekeliruan oleh mereka yang melihat atau menghisap rami di Korea Utara tersalah anggap tanaman itu sebagai ganja.

Troy Collings, pengarah urusan sebuah agensi pelancongan yang membawa pelancong asing ke Korea Utara, memberitahu Associated Press bahawa dia pernah membeli rami sebagai pengganti kepada tembakau yang murah.

"Tanaman ini tumbuh liar di kawasan bergunung di Korea Utara dan penduduk setempat mengumpul, mengeringkan dan menjualnya di pasar. Namun ia tidak akan membuatkan anda high tak kiralah berapa banyak yang anda hisap," kata Troy.

Rujukan:

1. Way Of Leaf

2. Bussines Insider

3. Associated Press




Hakcipta iluminasi.com (2017)