Terdapat 3 jenis daun ganja yang berbeza dengan kategori yang berbeza iaitu Indica, Sativa dan Hybrid. Bagi kedua-dua ganja jenis Indica dan Sativa telah lama wujud sejak abad ke-18 lagi namun ganja Hybrid baru sahaja diperkenalkan.
Setiap jenis ganja ini mempunyai ciri-ciri dan kesan tersendiri kepada badan, jadi ia digunakan untuk tujuan yang berbeza-beza.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin kongsikan 3 jenis ganja dan kesan kepada badan manusia.
1. Indica
Ia dipercayai berasal dari Asia Tengah dan wilayah Hindu "Kush" berhampiran dengan Afghanistan yang beriklim lebih sejuk dan bergunung. Jika mereka yang tahu mengenai ganja pasti akan mengetahui Kush adalah ganja yang sangat kuat.
Penanaman ganja Indica mengambil masa 45 hingga 60 hari untuk berbunga. Ia memberikan lebih banyak hasil dan lebih elok jika ditanam di kawasan tertutup.
Dari segi struktur pokok pula, ganja Indica lebih pendek, kukuh dan rimbun dengan daun yang lebih lebar.
Bau tunas ganja Indica agak padat dengan aroma yang menyengat. Daunnya kadang-kadang mempunyai sedikit warna ungu.
Indica memberikan kesan menenangkan dan relaks, jadi ia biasanya digunakan bagi merawat insomnia, kebimbangan dan hilang selera makan.
Antara baka-baka ganja Indica yang terkenal adalah Purple Kush, Grandaddy Purple dan Northern Lights.
2. Sativa
Ganja Sativa pula berasal dari kawasan beriklim khatulistiwa seperti Thailand, selatan Afrika dan Mexico. Ia mengambil masa di antara 60 hingga 90 hari untuk berbunga. Berbeza dengan Indica, ganja ini lebih sesuai di tanam di kawasan terbuka dengan cuaca panas.
Ganja Sativa biasanya lebih tinggi dengan daun yang nipis yang kadang-kadang mempunyai warna kemerahan dan jingga. Tunasnya pula lebih ringan dengan sedikit aroma buah-buahan.
Sativa sering digunakan untuk merawat apa yang dipanggil "creative block", contoh mudah adalah apabila seseorang artis itu menjadi buntu tanpa idea kreatif.
Disebabkan ia mempunyai kesan yang menyegarkan, ia sering digunakan pada waktu pagi atau petang, dan bagi mereka yang kurang fokus, kemurungan dan keletihan.
Ia dikatakan mampu membuat seseorang itu ceria dan menjadi kreatif. Secara perubatan, ia boleh merawat gangguan perhatian dan gangguan jiwa.
Antara baka Sativa yang terkenal adalah Sour Diesel, Green Crack dan Amnesia Haze.
3. Hybrid
Ganja jenis Hybrid adalah hasil campuran atau persilangan antara Indica dan Sativa. Tujuannya adalah untuk mengimbangkan kesan yang dibawa oleh kedua-dua jenis ganja ini yang membolehkan pengguna mendapat kedua-dua manfaat.
Ganja ini boleh menjadi dominan Indica atau Sativa bergantung kepada kandungan mana yang lebih tinggi. Ia boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan asas:
- Hybrid dominas Sativa - menggabungkan rasa khayal dari sativa dan rasa badan yang relaks dari Indica. Contoh ganja adaalah Headband, Alien Girl, Juicy Fruit, Sour Diesel dan Purple Trainwreck.
- Hybrid dominan Indica - memberikan pemulihan sakit dengan rasa khayal yang menenangkan. Contoh ganja adalah Afgooey, Girl Scout Cookies, Tahoe OG, Skywalker OG dan Purple Urkle.
- Hybrid seimbang - gabungan separuh genetik Indica dan Sativa, termasuklah White Widow, Blue Dream, Purple Diesel dan Super Silver Haze.
Rujukan :
1. Herb
2. Greenito
3. Wise Toast