Seorang jurugambar yang sangat berani telah mengambil risiko ditahan oleh pihak berkuasa Korea Utara dalam usahanya menyeludup keluar satu siri gambar secara rahsia.

Michal Huniewicz mengambil gambar-gambar yang mana beliau tahu Kim Jong-un tidak mahu orang luar melihatnya. Beliau melakukannya dengan menyembunyikan kad memori kamera.

Tidak seperti gambar-gambar yang ditunjukkan oleh agensi media Korea Utara, hasil kerja Michal menunjukkan realiti sebenar kehidupan serba kekurangan rakyat negara ini yang dipimpin oleh seorang diktator.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 0

Michal memasuki Korea Utara melalui China dan dibantu oleh pemandu pelancong, satu-satunya cara yang dibenarkan untuk melawat.

"Saya telah diberitahu bahawa saya akan ditahan jika gambar-gambar seperti ini ditemui oleh pihak berkuasa, namun saya berjaya menyeludup keluar dari negara ini, yang mana adalah sangat tertekan." jelas Michal Huniewicz.

1. Gambar borang deklarasi kastam

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 3

Michal mengambil gambar borang deklarasi kastam ini yang mendedahkan barangan dan item apa yag diharamkan dibawa masuk ke Korea Utara. Jika anda membawa laptop, pegawai akan memeriksa sebarang kandungan kontroversi termasuk filem Korea dan pornografi.

2. Gambar sempadan Korea Utara dan China

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 2

Gambar ini diambil di sempadan di antara Korea Utara dan China. Korea Utara di bahagian kiri dan China di bahagian kanan. Hanya melihatkan gambar ini sudah jelas terlalu banyak perbezaan dari segi pembangunan antara kedua-dua negara berjiran ini.

3. Gambar dari atas kereta api

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 4

Ini adalah gambar pertama yang diambil oleh Michal setelah melepasi kawalan ketat kastam di sempadan negara. Gambar dari kereta api ini adalah haram untuk diambil.

4. Gambar menunggu pelanggan

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 5

Menurut Michal, kedua-dua lelaki yang berada di tepi gerabak kereta api itu sedang menunggu pelanggan untuk membeli najis manusia. Di Korea Utara, disebabkan kekurangan sumber, najis manusia digunakan sebagai baja tanaman.

5. Gambar tentera Korea Utara

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara

Kelihatan dua orang tentera Korea Utara yang sedang berbual. Seperti dalam artikel yang lalu, gambar pegawai tentera adalah haram untuk diambil orang luar, sama seperti gambar rakyat berpakaian tidak kemas.

6. Gambar pemandangan di luar bandar

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 6

Kelihatan sebuah bas membawa penduduk Korea Utara di luar bandar sedang melintasi jambatan. Penduduk negara ini hanya dibenarkan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam Korea Utara, jika diberikan permit.

7. Gambar di stesen kereta api

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 7

Menurut jurugambar, suasana di stesen kereta api ini kelihatan seperti telah diatur dan dirancang. Ia adalah kerana pada hari tersebut tiada lagi kereta api yang dijadualkan, jadi orang-orang dalam gambar ini tiada arah tuju.

8. Gambar di sekitar Pyongyang

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 8

Beginilah keadaan harian kehidupan penduduk tempatan. Jurugambar dan yang lain sering dipintas oleh pemandu pelancong yang mana mereka tak boleh tinggalkan sepanjang berada di sana. Pemandu pelancong juga akan memberitahu anda waktu untuk tidur dan untuk bangun.

9. Gambar dalam lif

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 9

Di Korea Utara, tiada butang lif untuk tingkat 5, dan anda boleh ke tingkat tersebut dengan keluar di tingkat 4 dan naik tangga. Pintu lif ini dikatakan hampir selalu ditutup, tapi jika anda berjaya masuk, anda akan dapat lihat ianya dipenuhi poster propaganda.

10. Gambar di restoran

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 10

Kelihatan seorang pelayan wanita sedang membawa botol minuman manakala TV terpasang propaganda Korea Utara. Menurut Michal, mereka hampir tak dapat langsung untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat. Kebanyakan pelayan seolah-olah sedikit takut dengan orang luar.

11. Gambar patung Kim

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 11

Anda hanya dibenarkan untuk mengambil gambar patung-patung ini jika kedua-dua badan dipaparkan secara keseluruhan. Kelihatan orang ramai dan tentera sedang menunduk hormat kepada patung-patung Supreme Leader mereka.

12. Gambar kedai menjual makanan

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 12

"Saya hanya mempunyai 15 saat sahaja untuk mengambil gambar kedai ini. Kedai makan ini hanya untuk penduduk tempatan sahaja dan saya dihalau keluar oleh pemandu pelancong selepas mengambil gambar ini, namun dia tak tahu saya berjaya mengambilnya," jelas Michal.

13. Gambar cenderahati

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 18

Gambar ini menunjukkan beberapa jenis cenderahati yang boleh dibeli untuk dibawa pulang ke negara anda. 

14. Gambar pesekitaran bersih

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 13 490

Mungkin gambar ini tidak diharamkan, atau mungkin juga ya. Namun, ada yang baik boleh kita pelajari daripada gambar ini di mana keadaan persekitaran di sini sangatlah bersih dan tiada sampah. Mungkin disebabkan tiada orang tinggal di kawasan ini?

15. Gambar poster propaganda

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 14

Di Korea Utara, terdapat banyak poster-poster dan papan iklan yang digunakan untuk menampal poster propaganda.

16. Gambar penduduk menaiki bas

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 16

Gambar yang kelihatan seperti diambil pada tahun 1980-an ini menunjukkan beberapa orang penduduk tempatan menaiki bas untuk bergerak.

17. Gambar penduduk ke tempat kerja

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 15 756

Gambar ini diambil ketika penduduk Korea Utara dalam perjalanan mereka di dalam bas untuk ke tempat kerja. Kelihatan lelaki ini memandang ke arah kamera dengan pandangan serius.

18. Gambar pekerja jalan raya

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 17

Kelihatan beberapa orang pekerja sedang membaiki lampu-lampu jalan di bandar sambil berdiri di atas trak merah yang kelihatan sangat ketinggalan zaman.

19. Gambar menunggu kereta api berlalu

gambar haram yang berjaya diseludup keluar dari korea utara 19

Sedikit sebanyak realiti kehidupan rakyat Korea Utara yang bagi kita seperti hidup di zaman 1980-an. Penduduk tempatan sedang menunggu kereta api untuk berlalu dan pengawal keselamatan sedang bertugas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)