Penulisan ini ditulis oleh saudara Syahril A. Kadir di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Tiga anak Melayu kini berjaya di United Kingdom dengan "bisnes ganja", jika di Malaysia sudah pasti kena hukuman gantung!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ganja atau lebih dikenali oleh mat saleh sebagai kannabis terdapat banyak "spesis", antaranya spesis Hemp dan spesis Marijuana. Macam Proton lah, ada Wira, ada Perdana dan juga Pesona.

Bagi jenis Hemp ini, satu dunia tengah memperkatakan mengenainya kerana mempunyai kebaikan yang cukup banyak terutama daripada segi kesihatan.

Jika Hemp ini, anda menghisap dalam jumlah tinggi (1 kilogram) pun tak akan mendatangkan khayal, euphoria, lalok dan sebagainya.

Tak seperti marijuana yang mengandungi bahan kimia THC (Tretrahydrocannabinoid) iaitu bahan kimia yang aktif membuatkan seseorang pengamalnya khayal mengalahkan Bob Marley apabila menghisapnya.

ladang ganja hemp

Pokok Hemp

pokok marijuana

Pokok marijuana

Sayangnya di Malaysia, Hemp ini masih dikategorikan sebagai dadah berbahaya HANYA kerana tergolong dari keluarga pohon ganja.

Hemp dan marijuana tidak boleh ditanam serentak. Hemp bukan pokok jantan marijuana, ianya komuniti sendiri.

Hemp mengambil masa 3 bulan untuk dituai dan marijuana pula mengambil masa 7 hingga 8bulan untuk bunganya matang.

Ketinggian Hemp boleh mencecah sehingga 15 kaki manakala amat jarang pohon marijuana yang boleh mencapai 5 kaki tinggi, kedua-duanya tidak boleh wujud bersama.

Alhamdulillah, salah seorang dalam group friendlist saya, saudara Maszeli Mohammad Wee adalah seorang lepasan sarjana dari Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dan mengkaji tumbuhan ini dalam tesisnya.

Beliau sendiri sering berulang-alik ke Bukit Aman bagi mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa mengenai Hemp ini. Semua info adalah 'sekelumit' ilmu mengenai Hemp yang saya 'korek' dari penulisannya.

Perniagaan anak Melayu di United Kingdom

cbd oil malaysia malaya hemp

Yang ni lagi "rare". Tahukah anda, di United Kingdom sekarang terdapat tiga orang anak Melayu yang sedang mencipta nama kerana terlibat dalam 'bisnes ganja' ini?

Tetapi macam saya tulis awal-awal tadilah, mereka bukan jual marijuana yang buat manusia lalok macam celah Lorong Hj Taib itu.

Syarikat mereka, CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK).

Menurut beberapa portal yang saya baca, syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia ini iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, kini antara 300 buah syarikat besar di Eropah yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.

pengasas syarikat cbd oils malaysia

pengasas syarikat cbd oils malaysia 2

Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa.

Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK  sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.

Saya tak mahu cerita lebih-lebih pasal perniagaan mereka itu, kang tak pasal-pasal kena tuduh dibayar "tauke" ganja nak promote barang mereka di Facebook saya.

abdul halim pauzi nurul ain sahbudin founder cbd oils ganja

Kesimpulannya, dah tiba masanya semua pihak, daripada yang membuat dan menggubal undang-undang, Kementerian Kesihatan, pihak penguatkuasa, saintis-saintis dan semua yang berkenaan segera duduk bersama.

Satu ketetapan dengan segera berhubung status Hemp ini perlu dilakukan agar di penghujungnya kita dapat membuat rumusan mengenai hal ini.

abdul halim pauzi

abdul halim pauzi 7c141

Abdul Halim Pauzi, pengasas CBD Oils Malaysia

Ingat, hukuman mengenai dadah di negara kita sangat ketat hingga boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Jangan sampai ada nyawa yang tak berdosa melayang hanya disebabkan kegagalan kita membezakan mana intan mana permata, mana ganja yang lalok dan mana ganja yang berguna!




Hakcipta iluminasi.com (2017)