Seperti dalam artikel lalu kami kongsikan gambar-gambar yang tidak dibenarkan untuk diambil di Korea Utara. Pihak berkuasa Korea Utara biasanya mengawal pengaliran maklumat daripada ke luar daripada negara mereka bagi mengelakkan spekulasi dan manipulasi media luar.

Mereka juga menjaga privasi negara dengan ketat sekali di atas sebab-sebab tertentu. iluminasi.com menyambung perkongsian 16 gambar yang Kim Jong-un tak ingin dunia luar lihat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Gambar kanak-kanak melakukan kerja buruh

Antara gambar yang paling dibenci oleh pihak berkuasa Korea Utara. Walaupun kemiskinan wujud di mana-mana negara di seluruh dunia, namun pegambilan gambar rakyat Korea Utara yang miskin seperti ini tetap diharamkan.

gambar yang haram diambil di korea utara 1

2. Gambar pekerja pembinaan tanpa piawaian keselamatan

Ini bukan satu pertunjukan sarkas tetapi pemandangan biasa di tapak pembinaan. Mereka adalah pekerja-pekerja di sebuah negara yang mempunyai piawaian keselamatan yang rendah.

gambar yang haram diambil di korea utara 2 244

3. Gambar yang tidak boleh diambil menggunakan flash

Ketika jurugambar dalam perjalanan pulang ke hotel pada malam, bas yang dinaiki terpaksa menggunakan jalan alternatif kerana penutupan jalan. Ketika melepasi sebuah bangunan lama, pemandu pelancong mengarahkan supaya gambar diambil tidak menggunakan flash untuk mengelakkan menakutkan orang awam.

gambar yang haram diambil di korea utara 3 108

4. Gambar di pasaraya "mewah" Pyongyang

Anda boleh dapatkan segala makanan dan minuman di 2 buah pasaraya di Pyongyang di mana barang dijual dalam mata wang Euro dan Won. Malah, mereka juga menjual air mineral Evian yang sangat mahal. Hanya golongan elit sahaja yang membeli-belah di sini.

gambar yang haram diambil di korea utara 4 118

5. Gambar patung Supreme Leader dari arah belakang

Mengambil gambar patung-patung diktator Supreme Leader dari bahagian belakang adalah sangat diharamkan kerana ia dianggap sebagai biadab.

gambar yang haram diambil di korea utara 5 526

6. Gambar rakyat tidur atas batu kerana keletihan

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki sedang berehat di atas batu-batu di tepi laut di Chilbo. Pemandu pelancong mengarahkan gambar ini dipadamkan kerana takut media Barat akan mengatakan lelaki ini telah mati.

gambar yang haram diambil di korea utara 6 970

7. Gambar petani bekerja dibantu kanak-kanak

Ketika hidup mereka susah yang mana adalah perkara biasa, kanak-kanak kelihatan bekerja di ladang-ladang membantu ibu bapa mereka.

gambar yang haram diambil di korea utara 7 412

8. Gambar sekumpulan lelaki menolak bas yang rosak

Beberapa orang rakyat Korea Utara sedang menolak sebuah bas, situasi yang mana biasa dilihat di negara ini namun diharamkan untuk mengambil gambar.

gambar yang haram diambil di korea utara 9 825

9. Gambar penjualan di grey market

Pengharaman terhadap penjualan di black market telah dikuatkuasakan lama dahulu. Namun, peniaga grey market adalah sesuatu yang biasa. Mereka memperoleh wang daripada menjual rokok dan gula-gula.

gambar yang haram diambil di korea utara 8 916

10. Gambar seorang ibu dan anak tidur di bangku

Paranoid dalam pemikiran rakyat Korea Utara adalah sangat kuat. Gambar ini diambil menunjukkan seorang ibu dan anaknya berehat di sebuah bangku di tapak pesta. Pemandu pelancong mengarahkan gambar ini dipadamkan kerana dia sangat yakin gambar ini akan dimanipulasikan seolah-olah mereka ini gelandangan.

gambar yang haram diambil di korea utara 10 387

11. Gambar pekerja berhenti berehat

Ramai di antara mereka yang sangat letih kerana terpaksa berbasikal untuk tempoh berjam-jam untuk ke tempat kerja di ladang. Mengambil gambar mereka adalah tidak dibenarkan.

gambar yang haram diambil di korea utara 11 777

12. Gambar kanak-kanak berpakaian pelik dan tentera di belakang

Pihak berkuasa tidak benarkan gambar ini diambil di atas dua sebab, pertamanya cara pelik remaja ini memakai topinya (menurut pemandu pelancong), dan kedua adalah terdapat kelibat tentera di belakang.

gambar yang haram diambil di korea utara 12 691

13. Gambar kereta mewah golongan elit

Menyiarkan kemiskinan adalah diharamkan, tetapi memaparkan kekayaan juga adalah satu pantang larang di Korea Utara. Gambar kereta milik rakyat elit ini diambil ketika mereka sedang menikmati BBQ.

gambar yang haram diambil di korea utara 13 78

14. Gambar rakyat berpakaian tidak kemas

14. Adalah dilarang untuk mengambil gambar mengenai kehidupan harian penduduk Korea Utara jika mereka tidak berpakaian kemas. Menurut pemandu pelancong, lelaki ini tidak berpakaian dengan cukup kemas untuk bergambar.

gambar yang haram diambil di korea utara 14 58

15. Gambar kanak-kanak bekerja buruh

15. Jurugambar melawat ke Chongjin, sebuah bandar di bahagian utara yang menderita akibat kelaparan beberapa tahun lalu. Kamera jurugambar dirampas ketika tempoh dalam perjalanan ke bandar ini. Ketika sampai di hotel, jurugambar faham kenapa, apabila melihat penduduk di sekitar bandar ini.

gambar yang haram diambil di korea utara 15 750

16. Gambar penduduk bandar mengecat batu di kawasan luar bandar

16. Setiap tahun, penduduk bandar akan ke kawasan luar bandar untuk membantu projek awam. Gambar menunjukkan mereka sedang mengecat batu di tepi jalan. Gambar seperti ini dianggap sebagai positif bagi kerajaan satu ketika dahulu, namun kini mereka faham orang luar boleh memanipulasikan gambar ini sebagai perhambaan paksa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)