Ganja. Banyak pendapat yang akan anda dengar jika menyebut perkataan ini. Ada yang mengatakan ia adalah haram, tidak baik untuk kesihatan dan patut diharamkan. Ada juga yang mengatakan ia tidak berbahaya, memberi manfaat dan bagus digunakan untuk perubatan.

curut kecil untuk hisap ganja

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ia masih tetap haram di Malaysia dan kebanyakan negara di serata dunia. Apa-apa pun iluminasi.com ingin berkongsi 7 fakta mengenai ganja yang anda mungkin tak pernah tahu.

1. Nama yang paling banyak digunakan

bud bunga bunga ganja

Ganja mempunyai pelbagai jenis nama yang berlainan, antaranya pot, weed, Mary Jane, sticky-icky, grass, 420, ganga, buds, stinkweed, joint, dope dan banyak lagi. Namun, nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia adalah nama saintifik tumbuhan ini, iaitu cannabis.

2. Ganja berasal daripada Asia

balut rokok campur ganja

Apa pun nama yang anda panggil, yang penting ganja ini berasal dari Asia. Bukti penanaman tumbuhan ini yang pertama di dunia datang dari Asia Timur. Ketika itu, tangkainya digunakan sebagai serat dan buahnya pula di makan. Dalam buku ubatan yang paling tua di dunia, iaitu "pen-ts’ao ching", cannabis juga termasuk dalam senarai ubatan tersebut yang disusun idari tradisi lisan Cina sejak tahun 2700 Sebelum Masihi.

3. Sudah wujud beribu tahun lalu

ma tulisan cina

Simbol China untuk ganja (Ma)

Ma, adalah nama bagi ganja di zaman purba China. Ia digunakan sebagai makanan, minyak, pakaian dan perbuatan, kira-kira tahun 6,000 sebelum masihi, dan mungkin dua kali ganda tempoh itu. Ia juga dikatakan antara tanaman yang terawal di dunia.

Namun bukti yang ada mengenai perubatan marijuana adalah pada tahun 2737 sebelum masihi ketika Maharaja Merah Shen Nung diberikan pujian atas penulisan "The Herbal".

Dalam penulisan tersebut, marijuana tersenarai sebagai sumber perubatan yang digunakan untuk meredakan sakit sendi dan gout.

4. Asal nama marijuana

ganja malaysia

Tak ada siapa yang tahu mana datangnya nama Marijuana. Cerita-cerita lama ada yang mengatakan ia adalah gabungan nama Maria dan Juana, slang bagi pelacur. Juga terdapat teori ia mendapat nama dari perkataan "maraguanquo" yang bermaksud "tumbuhan memabukkan". Ada pendapat oleh pengkaji-pengkaji bahawa marijuana berasal dari China, iaitu "ma ren" dan "ma hua" yang merujuk kepada bahagian-bahagian tumbuhan tersebut.

5. Marijuana dan Hemp adalah berbeza

fakta mengenai marijuana vs hemp

Kedua-dua hemp dan marijuana adalah ganja, yang mempunyai bentuk daun yang serupa serta subspesis tumbuhan Cannabis sativa. Namun, kedua-duanya adalah sangat berbeza.

perbezaan marijuana dan hemp

Marijuana mempunyai tunas berbunga dan tinggi kandungan THC (delta-9 tetrahydrocannabinol) yang membuatkan rasa "high". Hemp pula mengandungi kandungan THC yang sangat rendah, dan tak memabukkan jika dihisap.

6. Ganja baik untuk paru-paru

ganja dibalut dibakar dan disedut

Universiti California San Francisco dan Universiti Alabama membuat kajian terhadap 5,000 penghisap ganja, yang mendapati bahawa individu yang menghisap ganja beberapa kali seminggu mempunyai kapasiti paru-paru yang lebih kuat dan daya hembusan yang lebih baik daripada mereka yang tidak. Pada tahun 2005, kajian oleh Universiti California Los Angeles juga mendapati bahawa menghisap ganja kemungkinan dapat membantu mencegah barah paru-paru. 

ganja legalisasi malaysia

Tak seperti tembakau yang mengandungi karsinogen, ganja mengandungi cannibinoids dan THC yang dikatakan mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser.

7. Kerajaan India isytiharkan ganja tak berbahaya pada tahun 1894

Jika di ganja digunakan untuk tujuan perubatan oleh China Purba, lain pula ceritanya di India. Ia merupakan bahan yang biasa di India dan digunakan dalam majlis keagamaan dan membantu orang untuk relaks. Ia juga dijadikan minuman yang direbus bersama kacang dan susu yang diberi nama "Bhang". Orang India ketika itu sangat gembira, membuatkan Kerajaan Koloni British di India risaukan populasi India menjadi tidak siuman, lalu mengarahkan kajian.

Mereka kemudiankan mengeluarkan laporan bertajuk "Laporan Suruhanjaya Dadah India Hem 1894". Dalam laporan itu mengatakan penggunaan ganja tidak berbahaya, malah jika larangan dikenakan ke atas ganja, ia akan membawa kemudaratan.

gambar lelaki cium bunga dari pokok ganja

Rujukan :

1. Discover

2. Psychology Today

3. Inquisitr

4. Antique Cannabis Book

5. Madison




Hakcipta iluminasi.com (2017)