Oleh pada 17 Feb 2018 kategori

Kredit foto: viralkami.com

Dalam laporan terbaharu mendakwa hubungan pertunangan pasangan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudahpun berakhir.

Malah mereka hanya menanti waktu sesuai untuk menghebahkan berita berkenaan kepada umum.

Menurut portal Mstar Online, usaha mereka untuk mendapatkan pengesahan Sufian gagal apabila penyanyi itu bertindak mengunci mulut serta enggan diganggu buat masa ini.

Manakala, pengurusnya, Mahadhir Mohamad, berkata, Sufian sudahpun menukar nombor telefon peribadi atas tujuan tertentu.

"Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu," jawabnya dalam kenyataan ringkas.

Dalam perkembangan lain, Elfira kini dikatakan sedang berada di Amerika Syarikat bersama keluarga.

Terdahulu. Sufian ada memuat naik foto kapsyen di Instastory seakan memberi bayangan tentang emosinya terhadap Elfira.

Tidak hanya itu, seorang netizen bertindak meninggalkan komen di Facebook sebuah portal berita menyatakan hubungan pasangan itu telahpun berakhir pada minggu lalu.

sufian suhaimi tukar nombor telefon sudah putus tunang dengan elfira loy 2

Kredit foto: Mstar

Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober 2017 di Cheras, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Sufian memaklumkan status perhubungan itu berada dalam fasa rumit, meskipun masih mengharapkan pengakhiran yang baik. 

“Hanya kami berdua saja yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” katanya.

Mengikut perancangan asal mereka akan berkahwin sekitar Mac ini, namun tiada tarikh pasti ditetapkan.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)