Oleh pada 16 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Pihak pengurusan Sufian Suhaimi menggesa agar isu putus tunang artis mereka dengan aktres Elfira Loy tidak lagi dikeruhkan oleh mana-mana pihak.

Pengurus kepada Sufian dari Aries Music iaitu Mahadhir Mohamad akui kecewa dengan tindakan keluarga Elfira yang berterusan memberi komen dan membuat beberapa siri pendedahan di laman sosial berkaitan isu itu.

Lanjutan itu, Mahadhir terpaksa tampil mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam isu pertunangan membabitkan pasangan berkenaan.

Menurut beliau, realitinya Elfira sendiri yang menghubungi Sufian walaupun pertunangan mereka telah berakhir secara rasmi pada 18 Februari lalu.

sudah putus tunang tapi elfira masih hubungi sufian suhaimi pengurus dedah rahsia sebenar 2

Kredit foto: Facebook Mahadhir Mohamad

"Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.

"Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini," katanya memetik laporan Mstar Online.

Terdahulu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff bercerita di media sosial menerusi beberapa kiriman yang menyatakan rasa kecewanya terhadap seorang individu yang melakukan penipuan.

Dalam pada itu, Mahadhir akui pelik apabila ibu Elfira menuduh Sufian berbohong sedangkan hakikatnya tidak sama sekali seperti dakwaan yang dikatakannya.

"Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu?

"Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dan hanya kawan biasa seperti remaja lain, tapi orang luar yang salah faham. Biasalah zaman remaja berkawan begitu.

"Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan," katanya.

Sementara itu, Mahadhir menegaskan tindakan Sufian ingin memperisterikan Elfira bertujuan menghalalkan hubungan itu agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

sudah putus tunang tapi elfira masih hubungi sufian suhaimi pengurus dedah rahsia sebenar 3

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

"Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah.

"Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu," ujarnya sambil mendedahkan aktres itu juga sering mengikuti Sufian ke mana-mana lokasi persembahan yang dijayakannya.

Di kesempatan sama, Mahadhir berharap isu itu tidak lagi dipanjangkan oleh mana-mana pihak sekaligus meminta mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Mahadhir berkata, tujuan dia mengulas hal berkenaan di laman Facebook dan Instagram sebelum ini adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul.

"Benda dah lepas tak payah panjang-panjangkan lagi dan mereka pun sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Masing-masing buat hal sendiri sajalah.

"Semalam saya buat statement di Facebook supaya orang tak keliru sebab saya tak nampak kesilapan sufian pun. Keputusan putus tunang ini dibuat pihak sana, bukan Sufian," katanya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober 2017, sebelum hubungan itu secara rasmi terputus apabila keluarga Elfira memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian di Johor pada 18 Februari 2018.

Mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya bernikah pada bulan ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)