Oleh pada 16 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi & Instagram Elfira Loy

Sehingga kini status terkini pertunangan pasangan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus menjadi tanda tanya ramai.

Apatah lagi timbul beberapa spekulasi kurang enak mengatakan hubungan itu sedang berdepan konflik.

Begitupun, kedua-dua mereka dilihat tenang menyapa gosip yang bertebaran dengan menyifatkan apa yang dilalui kini sebagai dugaan alam pertunangan.

Bagaimanapun, Sufian dalam kenyataan terkininya memaklumkan status perhubungan itu berada dalam fasa rumit, meskipun masih mengharapkan pengakhiran yang baik buat mereka.

“Hanya kami berdua saja yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Elfira pula memuat naik bait-bait lirik lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli di laman Twitternya dua hari lalu hingga mencetuskan persoalan kepada para peminat.

elfira loy luah emosi sedih kerana sufian suhaimi 2 518

Kredit foto: Twitter Elfira Loy

Rata-rata netizen beranggapan Elfira sedang meluahkan emosi menerusi laman mikro itu.

Namun barangkali juga Elfira sekadar berkongsi lirik lagu berkenaan yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke 32 baru-baru ini.

Terdahulu, Elfira dan Sufian bertunang pada Oktober 2017 dan mengikut perancangan akan berkahwin sekitar Mac ini.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)