Kredit foto: ohbulan.com
Pendakwah Wan Dazrin Wan Din atau lebih popular dengan nama Da'i Wan, tampil mengulas isu putus tunang pasangan selebriti muda, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy.
Da'i Wan meminta semua netizen berhenti meletakkan persepsi buruk kononnya masalah putus tunang adalah satu peristiwa yang menyedihkan.
Sebaliknya pendakwah muda kelahiran program Da'i ini menegaskan pertunangan sememangnya diwujudkan untuk pasangan lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat sebelum mengambil keputusan berumah tangga.
Ekoran itu, hubungan yang terputus ketika tempoh pertunangan itu sendiri adalah lebih baik kerana dapat menyelamatkan institusi perkahwinan.
Da'i Wan berharap Sufian dan Elfira tidak menyalahtafsir apa yang berlaku kerana hakikatnya mereka tidak melanggar ajaran agama.
Penjelasan panjang lebar Da'i Wan itu dimuatkan dalam kiriman akaun Instagram peribadinya.
Kredit foto: Instagram Da'i Wan
Sumber berita: Sinar Harian