Oleh pada 24 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Aktres Elfira Loy mengakui kehidupannya kini lebih gembira selepas meninggalkan kisah kontroversi putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

“Saya sudah ‘move on’. Saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya kepada portal Harian Metro.

Elfira, 24, mengulas pertanyaan yang diajukan tentang keadaan kehidupannya selepas konflik perhubungan dengan penyanyi Di Matamu itu.

Dalam pada itu, gadis berkening lebat ini berkata, dia belum terfikir lagi untuk mencari kekasih baru atau teman pengganti buat masa ini.

Fokusnya untuk menikmati kehidupan yang ada dengan menyertai aktiviti yang menyeronokkan, umpamanya acara Gegaria Fest yang dijayakannya ketika itu di Bulatan Amanjaya, Meru.

elfira loy ulas dakwaan masih hubungi sufian suhaimi 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

“Sekarang ini saya nak ‘enjoy’ dengan kehidupan, bersama orang ramai dan berada di tempat-tempat gembira seperti Gegaria Fest ini.

“Soal nak cari pengganti atau teman baru, tidak pernah terfikir lagi,” luahnya.

Sementara itu, beliau menegaskan untuk tidak lagi mengulas isu putus tunang yang sedang hangat diperkatakan kini.

Ia termasuk dakwaan kononnya dia masih berhubung dengan Sufian selepas ikatan pertunangan itu diputuskan secara rasmi.

elfira loy ulas dakwaan masih hubungi sufian suhaimi 3

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

“Siapa cakap saya masih menghubungi Sufian? Saya pun tak tahu individu yang bercakap perkara berkenaan betul atau tidak. Jadi tak perlu bercakap mengenai isu itu lagi," katanya.

Mengambil pendirian untuk berdiam diri, Elfira menganggap segala kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini tetap mendapat persepsi buruk daripada orang ramai yang seakan sengaja ingin menjatuhkan hukuman kepadanya.

“Kenyataan di IG Stories sebelum ini adalah kata-kata untuk diri sendiri. Apa saya lihat, lebih banyak saya bercakap sesuatu perkara walaupun ia benar, ia tetap salah di mata orang. Jadi tidak mengapa. Tidak rugi pun jika saya berdiam diri kerana saya benar," tuturnya.

Elfira berkata, dia akur sekiranya masih ada pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan walaupun pada anggapannya, perkara itu tidak baik.

“Kalau sesiapa nak terus bercakap, ia hak peribadi. Sama ada dia berasa baik untuk bercakap mengenai hal orang, terpulang. Bagi saya, tak baik kita bercakap hal orang,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)