Kredit foto: Instagram Diana Danielle
"Saya benar-benar tidak mahu bercakap mengenai isu peribadi walau pun secara umum.
"I just don't want to talk about it, no but... (Saya tidak mahu bercakap mengenainya, tidak tetapi...)."
Kredit foto: Instagram Farid Kamil
Demikian kata aktres Datin Diana Danielle, 26, ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes suaminya, Datuk Farid Kamil, 37.
Diana ditemui sewaktu menggalas peranan sebagai juri jemputan Separuh Akhir Bintang Mencari Bintang 2018 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Alam Sentral, semalam.
Terdahulu, penyanyi nasyid, Osh atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz Ahmad Rusli dan Taj atau Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir dari kumpulan Innuendo dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid.
Ia berkaitan laporan polis yang dikemukakan Farid pada 31 Januari lalu mendakwa tiga rakan artis telah memasukkan bahan terlarang dalam minumannya.
Farid menganggap kejadian itu merupakan punca perilaku ganasnya dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, 11 Januari lalu.
Aktor Sofi Jikan turut direman selama tiga hari selepas didapati positif dadah jenis ganja, ketika memberi keterangan di Balai Polis Kota Damansara pada 6 Februari lalu susulan laporan polis yang dibuat Farid.
Sumber berita: Harian Metro