Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi
Selepas tiga hari cincin pertunangan dipulangkan, penyanyi Sufian Suhaimi menukar kapsyen pada kiriman gambar pertunangan yang dimuat naiknya pada 7 Oktober lalu.
Dalam kapsyen yang ditulis semula itu, Sufian mendedahkan hari berkenaan menjadi salah satu hari terbaik yang pernah dilalui dalam hidupnya.
Tidak hanya itu, penyanyi lagu Terakhir ini menyatakan dia tidak pernah menganggap pertemuan bersama Elfira Loy sebagai sejarah yang perlu dikesali.
"Semestinya satu daripada hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oct 2017)," tulisnya.
Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi
Malah beliau masih mengekalkan beberapa kiriman foto lamanya bersama Elfira.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di akaun Instagram Elfira pula mendapati aktres itu telahpun menghapuskan kesemua foto mereka.
Pasangan yang bertunang pada 6 Oktober tahun lalu ini sepatutnya merancang untuk berkahwin sekitar Mac ini.
Sumber berita: Sinar Harian