Kredit foto: InTrend & Twitter Sufian Suhaimi

Netizen masih tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menyebabkan ikatan pertunangan pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terputus.

Malah Sufian yang berpegung teguh kepada pendirian bahawa ikatan pertunangan mereka masih ada selagi cincin belum dipulangkan, dilihat enggan mengulas panjang.

Ketika ini, Sufian hanya berkongsi beberapa kiriman InstaStory berkenaan kata-kata semangat yang dilontarkan para sahabatnya yang terdiri daripada rakan-rakan artis.

Antara yang menjadi perhatian adalah mesej Whatsapp kiriman penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino.

"Salam Ean. Aiman ni. Ean banyakkan bersabar. Aiman tak tahu nak cakap macam mana pasal benda ni.

"Tapi kita kena percaya, mesti ada hikmah setiap yang berlaku. Terus kuat, bang! Saya kenal siapa awak!

"Biarkan apa orang nak cakap. Mereka tak tahu apa yang awak berdua lalui. Jangan termakan dengan kata-kata netizen," tulis Aiman dalam kiriman itu. 

Sabtu lalu, ibu Elfira, Filzah Yusoff, 52, terlebih dahulu mendedahkan ikatan pertunangan pasangan itu telah berakhir.

Malah, Filzah berkata, mereka akan ke rumah Sufian dalam waktu terdekat ini untuk memulangkan cincin pertunangan.

Terdahulu, Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober lalu dan merancang untuk berkahwin sekitar Mac ini.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)