Oleh pada 25 Feb 2018 kategori

Sesetengah ahli bina badan percaya dengan bantuan penggunaan steroid dapat memberikan hasil yang diidamkan manakala sesetengah ahli bina badan yang lain kekal dengan pendirian bahawa menggunakan cara yang semulajadi adalah lebih baik. Jadi apakah perbezaan antara ahli bina badan semulajadi dan juga yang menggunakan steroid?

Anda pilih dan tentukan.

ronnie coleman ahli bina badan

1. Ahli bina badan semulajadi lebih lambat

BESARKAN TEKS     A-  A+

eugen sandow ahli bina badan pra steroid 352

Rasanya umum tahu tujuan pengambilan steroid dalam bina badan. Terdapat pelbagai jenis steroid di pasaran ketika ini, dan semuanya adalah untuk membantu mempercepatkan proses pembinaan badan.

Sama ada untuk membesarkan badan (bulking) mahupun untuk menjadi lebih fit (Cutting), steroid dapat membantu. Jika kita mengambil contoh individu yang mempunyai genetik, pemakanan dan latihan yang sama, terdapat perbezaan jika salah seorang mengambil steroid di mana individu tersebut akan mencapai sasaran lebih cepat.

jeff rodriguez mempamerkan tubuhnya yang mengagumkan 57

Contoh mudah adalah perbezaan kereta standard dan yang diubahsuai. Pasti kereta yang diubahsuai enjinnya lebih pantas dan hebat, namun tetap memerlukan minyak petrol yang sama.

2. Ambil steroid tak semestinya berkesan

lazar angelov memiliki potongan badan yang menarik 414

Salah satu tanggapan yang salah mengenai sukan bina badan adalah persepsi masyarakat mengatakan mereka yang berotot pasti mengambil steroid. Tubuh individu yang mengambil steroid tak semestinya mencapai sasaran tanpa latihan dan pemakanan yang betul, serta rehat yang cukup.

3. Bentuk badan lebih 3D

penggunaan steroid memberi kesan kepada kulit 471

Badan kita mempunyai had tersendiri dan begitu juga bagi ahli bina badan. Sehebat mana latihan dan pemakanan, pasti mempunyai had bagi badan untuk terbina. Bagi badan yang mengambil steroid, ia lebih kelihatan 3D disebabkan bantuan steroid yang melonjakkan kemampuan otot lebih daripada semula jadi.

Badan kita menghasilkan hormon testosterone dan ianya berada di kemuncak ketika zaman remaja. Penghasilan hormon ini semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat, membuatkan ahli bina badan terpaksa mengambil hormon ini.

4. Ahli bina badan yang menggunakan steroid mengalami penuaan lebih cepat

tranformasi hafeu j bjornsson 409

Tanpa ragu-ragu, penggunaan anabolik steroid dan ubat-ubatan membina otot yang lain dalam jumlah yang banyak boleh mengubah estetika wajah anda. Ramai pengguna mengalami kebotakan pola lelaki dan penuaan lebih cepat. Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk individu yang berusia 20 tahun kelihatan seperti berumur sekitar 35 tahun.

Dalam gambar di atas anda boleh lihat transformasi Hafeu J Björnsson dalam tempoh yang boleh dikira singkat. Dalam gambar pertama, beliau berumur kira-kira 21 tahun. Kini beliau telah berusia 25 tahun. Adakah beliau kelihatan seperti 25 tahun?

5. Berbahaya dan berisiko kematian

rich piana meninggal akibat komplikasi kesihatan

Penggunaan steroid amatlah tidak digalakkan tanpa pengawasan profesional. Lebih buruk, remaja zaman sekarang seawal usia 15 tahun sudah mengambil bahan ini yang tidak diketahui akan bahayanya.

Sebagai contoh, terdapat pil oral steroid yang dihasilkan mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan jika diambil tanpa kawalan, boleh mengundang bahaya. Selain itu, pengambilan steroid melalui suntikan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman jika tidak disuntik dengan betul.

6. Ahli bina badan 'bantuan' mempunyai perbezaan saiz kepala dan badan yang agak melucukan

Disebabkan tubuh badan yang terlalu besar, majoriti ahli bina badan profesional mempunyai lengan yang lebih besar daripada kepala. Ia disebabkan bahagian kepala tidak mempunyai otot seperti bahagian badan yang lain yang membolehkannya untuk membesar.

Jadi, saiz kepala kekal dan saiz badan bertambah membuatkan ia kelihatan tidak stabil.

jeff willet memiliki saiz kepala yang kecil jika dibandingkan dengan tubuhnya




Hakcipta iluminasi.com (2017)