Oleh pada 20 Feb 2019 kategori

Bina badan adalah antara salah satu sukan yang paling rumit di dunia.

Untuk menjadi ahli bina badan yang kompetetif, pelbagai perkara perlu diharungi seperti tempoh latihan bertahun-tahun, pemakanan yang sihat, latihan yang betul, rehat yang cukup dan banyak lagi.

Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, terdapat pelbagai jenis ahli bina badan yang wujud di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 ahli bina badan yang aneh yang mana anda tak sangka mereka wujud.

7. Barbie Steinsholt Thomas – Ahli bina badan tanpa tangan

barbie steinsholt thomas

Barbie Thomas berusia 43 adalah seorang ibu yang juga merupakan ahli bina badan yang sangat menakjubkan.

Setelah hilang kedua-dua tangannya ketika masih kecil akibat satu renjatan elektrik, Barbie mampu mengatasi kecacatannya dan menggunakan kakinya untuk menjadi ahli bina badan yang hebat.

Setiap pagi, Barbie melakukan senaman kardio diikuti dengan mengangkat berat, latihan trek dan latihan kaki.

barbie steinsholt thomas 2

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dia telah bertanding dengan ahli bina badan bertubuh normal yang lain.

Walaupun Barbie masih belum memenangi apa-apa anugerah, dia tidak bercadang untuk berputus asa dan meneruskan usahanya.

6. Matt Kroczaleski aka Janae Marie – Ahli bina badan transeksual

matt kroczaleski aka janae marie

Jane Marie yang dahulunya dikenali sebagai Matt Krozaleski, tahu bahawa dia adalah seorang gadis secara dalaman tetapi mempunyai kecenderungan untuk mengangkat berat dan menyertai pertandingan bina badan.

Sebagai wanita transgender, dia pernah cuba untuk membunuh diri, namun mengubah fikiran apabila menukarkan bilik bawah tanahnya kepada sebuah gym.

Matt mula bertanding selepas menyertai Marin Amerika Syarikat. Sebagai seorang ahli angkat berat profesional, dia pernah mencatatkan rekod dunia lelaki dengan jumlah angkatan 100 kilogram.

Di Malaysia juga terdapat seorang ahli bina badan transgender, bernama Elaine Lye. Namun menurut Elaine, dia bukannya seorang transgender.

“Ya, saya memiliki badan seperti lelaki namun hati seperti wanita. Saya mahukan lelaki menerima dan mencintai saya seadanya,” kata Elaine.

5. Mark Smith – Ahli bina badan tanpa kaki

mark smith

Mark Smith, seorang tentera veteran dan pelatih kecergasan kehilangan kakinya dalam kejadian menembak di Afghanistan semasa latihan menembak secara langsung.

Selepas pemotongan kaki sehingga ke paras lutut, dia dipasangkan dengan kaki palsu.

Setelah kehilangan berat badan akibat tinggal terlalu lama di hospital, Mark memilih bina badan kompetitif untuk mengembalikan berat badannya.

Selepas berlatih dengan begitu bersungguh-sungguh, Mark mula bertanding dan memenangi pelbagai anugerah.

Latihannya bermula pada pukul 5 pagi dan berlangsung selama 16 minggu sebelum acara berlangsung.

4. Ray Moon – Ahli bina badan lelaki paling tua

ray moon

Ray Moon yang berusia 87 tahun ditabalkan sebagai ahli bina badan lelaki paling tua di dunia.

Setelah berjaya menewaskan dan pulih daripada  kanser pundi kencing, Ray mendaftar di Kelab Kesihatan Athletic Preston di mana dia memulakan latihan rintangan dan kardio.

Ray Moon telah memenangi beberapa anugerah yang tidak terhad kepada daripada anugerah Victoria, gelaran Australia, serta Rekod Dunia Guinness, yang dimenangi pada 2009.

Ray adalah inspirasi besar kepada ahli bina badan yang lain dan orang yang mempunyai masalah kesihatan serta kecergasan.

3. Edith Wilma Connor – Ahli bina badan wanita paling tua

edith wilma connor

Sekiranya anda belum pernah mendengar tentang Edith Wilma, maka anda akan teruja dengan artikel ini.

Di usia 82 tahun, Edith adalah ahli bina badan wanita tertua di dunia dan memegang gelaran Rekod Dunia Guinness bagi kategori ini.

Edith sangat gemar melakukan senaman aerobik dan mengangkat berat dan serta masih bertanding. Dia berlatih tiga kali seminggu dan mengikuti garis panduan pemakanan yang dipelajari.

Sebagai jurulatih peribadi, Edith menghabiskan sebahagian daripada masanya melatih ahli bina badan yang lain. 

2. Aditya Dev – Ahli bina badan paling kecil

aditya dev

Dengan hanya ketinggian 61 sentimeter dan berat hanya 10 kilogram, Dev telah diisytiharkan sebagai ahli bina badan paling kecil di dunia pada tahun 2008.

Walaupun saiz sangat kecil, namun ahli bina badan India yang kompetitif ini mampu mengangkat dumbbell seberat 1.5 kilogram.

Malah, Aditya mempunyai seorang jurulatih iaitu Ranjeet Pal yang melatihnya setiap hari. Walau bagaimanapun, Aditya Dev meninggal dunia pada tahun 2012 akibat aneurisme otak.

1. Valdir Segato - Ahli bina badan paling pelik

valdir segato

Dan ahli bina badan paling pelik di dunia menjadi milik Valdir Segato. Tak perlu penulis jelaskan mengapa Valdir mengungguli senarai ini.

Menjadikan Incredible Hulk sebagai idola, Valdir mengambil risiko dengan menyuntik minyak yang dikenali sebagai "synthol" ke otot tangannya dengan tujuan membesarkan.

Hasilnya, bisep Valdir membesar dengan ukuran 23 inci selepas menyuntik bahan terlarang itu untuk tempoh 5 tahun.

valdir segato 2

Berusia 48 tahun, saiz tangan Valdir membesar hampir dua kali ganda daripada 12 inci pada asalnya.

Walaupun tangannya kini dianggap terlalu besar bagi orang biasa, ia tidak memuaskan hati Valdir yang mahukan tangan yang lebih besar.

Valdir juga menyuntik minyak synthol ke bahagian dada dan juga leher.




Hakcipta iluminasi.com (2017)