Oleh pada 08 Oct 2019 kategori

Ahli bina badan Austria, Andreas Munzer, yang meninggal dunia 23 tahun lalui, kekal sebagai "gold standard" dan kisah peringatan bagi lelaki yang berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang tersangat "ripped" seperti yang diidamkan ramai dalam sukan ini.

Walaupun ia tidak dapat disahkan, Andreas nampaknya mati akibat pelbagai kegagalan organ, kemungkinan besar hasil daripada penyalahgunaan steroid anabolik dan diuretik selama bertahun-tahun seperti yang didakwa. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Andreas hanya berusia 31 tahun ketika meninggal dunia dan sangat mudah dikenali dari imej-imej yang telah menjadi tular internet.

Bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Andreas mendedahkan dia mempunyai hampir 0% lemak badan. Menurut pakar, jumlah lemak yang sekecil ini boleh mempercepatkan kematiannya. 

andreas munzer ahli bina badan austria

Carol Garber, profesor sains pergerakan di Columbia University di New York City memberitahu bahawa manusia memerlukan lemak badan untuk fungsi selular, penggunaan tenaga dan menjadi pelapik sendi serta organ.

Memiliki lemak terlalu sedikit boleh menyebabkan kekurangan nutrien, ketidakseimbangan elektrolit dan kerosakan jantung, buah pinggang serta organ lain.

Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 3% lemak badan dan wanita sekurang-kurangnya 12% agar tubuh berfungsi dengan baik.

Jika anda memiliki peratusan lemak lebih rendah di bawah tahap minimum ini, anda mula melihat masalah kesihatan yang serius yang mana kadang-kala ia membawa kepada kegagalan organ dan kematian.

peratusan lemak andreas munzer hampir 0 peratus 2

Tetapi walaupun terdapat risiko, gambar dan profil Andreas sering menjadi tular dalam forum bina badan kerana obsesi kekal sukan ini untuk melenyapkan tisu adipos habis-habisan daripada tubuh mereka, menurut Brian Washington, pesuruhjaya Persekutuan Bina badan Amerika Syarikat .

Brian Washington menambah lagi bahawaperatusan lemak badan adalah isu utama dengan ahli bina badan.

Mereka menumpukan usaha dan wang mereka ke atas produk untuk mengurangkan lemak serendah yang mungkin.

Hal ini dipersetujui oleh ramai yang lain termasuklah Louis Zwick, pengeluar Musclemania, sebuah syarikat produksi pertandingan bina badan dan kecergasan.

Louis berkata bahawa masih terdapat sesetengah ahli bina badan yang obses tentang peratusan lemak yang mendapatkan bacaan ini setiap hari.

andreas munzer ahli bina badan austria 3

Dan bagi mereka yang tidak peduli dengan peratusan lemak secara tepat masih peduli untuk mendapatkan badan yang "sekering" yang boleh untuk bertanding. 

Louis yang merupakan sebahagian daripada kru filem yang merakamkan pertandingan terakhir yang disertai Andreas sebelum meninggal 10 hari kemudian berkata bahawa Andreas sangat "lean" tetapi meragui peratusan lemak adalah 0%.

"Saya tak pernah tengok seseorang yang memiliki 0% lemak badan. Memang tak boleh. Anda tak akan selamat," kata Louis Zwick.

Tetapi ahli bina badan masih mampu untuk mengurangkan lemak serendah yang mungkin sehinggakan ia tidak dapat diukur menggunakan cara biasa.

andreas munzer ahli bina badan austria 4

Mencubit kulit untuk mengukur ketebalan lemak di bawah lapisan kulit adalah cara paling biasa untuk mengukur peratusan lemak badan. 

Secara purata, ahli bina badan memiliki antara 3% dan 5% lemak badan yang kebiasaannya berlaku ketika musim pertandingan.

Dan bagi Andreas Munzer, dia adalah lebih "kering" berbanding ahli bina badan yang lain dan digelarkan sebagai ahli bina badan paling "ripped" dalam sejarah.

Rujukan:

1. Cairns Sport

2. ABC News

3. Muscle And Fitness




Hakcipta iluminasi.com (2017)