Jika ia membuatkan para atlet berotot dan menjadi kuat, adakah steroid boleh membahayakan tubuh badan anda? Bagi yang tak tahu, anda pasti berasakan bahawa penyalahgunaan steroid adalah berbahaya. Dan apa yang anda rasa itu adalah benar.
Malah, walaupun ia digunakan untuk merawat masalah kesihatan, steroid anabolik tetap mempunyai pelbagai jenis kesan sampingan biasa apatah lagi jika disalahgunakan secara persendirian.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan apa itu steroid dan bahaya kepada tubuh badan manusia.
Jadi, apa sebenarnya yang berbahaya tentang steroid.
Apa itu steroid?
Apa yang perlu diketahui adalah steroid anabolik dan kortikosteroid adalah dua perkara yang berbeza.
Steroid anabolik digunakan untuk membina otot manakala kortikosteroid pula digunakan untuk digunakan untuk melegakan tindak balas imun yang terlalu aktif dan mengurangkan bengkak.
Steroid anabolik yang disalahgunakan oleh atlet adalah versi sintetik testosteron, sejenis hormon lelaki.
Dalam tubuh badan lelaki dan wanita, testosteron dihasilkan secara semulajadi.
Tetapi sama seperti hormon-hormon yang lain yang mengawal selia fungsi paling asas tubuh, jika hormon testosteron tidak stabil disebabkan pengambilan dari sumber luar mempunynai akibat yang sangat bahaya dan meluas.
Kenapa doktor memberikan steroid?
Doktor memberikan preskripsi steroid anabolik kepada pesakit untuk merawat masalah perubatan tertentu.
Sebagai contoh, steroid boleh digunakan untuk merawat pembaziran otot yang berlaku kepada pesakit AIDS.
Steroid juga boleh digunakan untuk merawat akil baligh yang lambat atau kehilangan fungsi testis.
Tetapi, para doktor tidak dibenarkan untuk memberikan steroid bagi meningkatkan prestasi atlet.
Mengapa atlet menggunakan steroid?
Sesetengah atlet mengambil apa-apa bentuk steroid yang dikenali sebagai steroid anabolik-androgenik atau hanya steroid anabolik untuk meningkatkan jisim dan kekuatan otot mereka.
Hormon steroid anabolik utama yang dihasilkan oleh badan anda adalah testosteron.
Testosteron mempunyai dua kesan utama terhadap tubuh badan anda iaitu kesan anabolik yang menggalakkan pembinaan otot dan kesan androgenik yang bertanggungjawab terhadap sifat lelaki, seperti bulu pada wajah dan suara yang lebih mendalam.
Sesetengah atlet mengambil testosteron bukan untuk membina otot tetapi untuk meningkatkan prestasi mereka.
Apa yang membuatkan dadah ini sangat menarik bagi para atlet adalah kerana selain ia membuatkan otot menjadi lebih besar, steroid anabolik boleh mengurangkan kerosakan otot yang berlaku semasa senaman yang intensif, membantu atlet pulih dari sesi senaman dengan lebih cepat dan membolehkan mereka bersenam lebih keras serta lebih kerap.
"Designer steroid"
Kelas steroid anabolik yang berbahaya adalah dadah yang dikenali sebagai "designer drug", steroid sintetik yang telah dicipta secara haram untuk tidak dapat dikesan oleh ujian dadah semasa.
Ia dihasilkan khusus untuk atlet dan tidak diluluskan untuk kegunaan perubatan.
Oleh itu, ia masih belum diuji atau diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dan menjadi satu ancaman kesihatan kepada para atlet.
Adakah steroid diharamkan?
Jawapannya adalah sangat jelas iaitu ya. Tanpa preskripsi doktor untuk masalah perubatan, adalah menjadi kesalahan undang-undang untuk memiliki, menjual atau mengedarkan steroid anabolik.
Steroid anabolik adalah hormon yang sangat hebat. Ia menjejaskan seluruh badan dan sesetengah kesan sampingan adalah biasa kepada semua pengguna.
Kesan sampingan lain berkaitan dengan seks dan umur anda.
Kesan sampingan penyalahgunaan steroid anabolik
Seperti yang anda tahu, ubat-ubatan yang dihasilkan mempunyai kesan sampingan tertentu dan steroid anabolik juga tidak terlepas daripadanya.
Bagi lelaki yang mengambil steroid anabolik mungkin mengalami:
- Buah dada menonjol
- Ereksi yang menyakitkan
- Buah zakar mengecut
- Mengurangkan jumlah sperma
- Tidak subur
- Mati pucuk
Wanita yang mengambil steroid anabolik pula mungkin mengalami:
- Pertumbuhan bulu muka dan badan yang berlebihan
- Suara menjadi mendalam seperti lelaki (mungkin tidak dapat dipulihkan)
- Mengalami haid yang tidak menentu
- Kelentit membesar (mungkin tidak dapat dipulihkan)
- Pengecilan payudara
- Masalah botak (mungkin tidak dapat dipulihkan)
Kesan sampingan sama yang mungkin dialami oleh lelaki dan wanita yang mengambil steroid anabolik:
- Jerawat
- Kulit dan kulit kepala berminyak
- Kulit menjadi kuning (Jaundis)
- Botak
- Tendon pecah
- Serangan jantung
- Jantung membesar
- Membina risiko penyakit hati dan kanser hati yang ketara
- Mempunyai kolesterol "buruk" yang tinggi
- Mood tidak menentu
- Mudah marah
- Mengalami delusi
Remaja yang mengambil steroid anabolik mungkin mengalami:
- Masalah pendek kerana pertumbuhan tulang terganggu
- Gadis-gadis mungkin mengalami kejantanan jangka panjang
Dan disebabakn oleh steroid biasanya diambil dengan cara suntikan, juga terdapat risiko untuk dijangkiti HIV atau jangkitan hepatitis daripada jarum atau picagari yang tercemar.
Menurut pakar fisioterapi Dr. Kenneth Mautner dari Universiti Emory, steroid adalah berbahaya kepada badan dan ia dianggap seperti "Russian roulette".
"5 orang mengambilnya dan tidak mengalami sebarang masalah jangka panjang, tetapi orang ke-6 mengambilnya, berakhir dengan kematian," kata Dr. Kenneth Mautner.
Hargailah kesihatan dan sayangilah nyawa anda.
P/S: Tak semua mereka yang angkat besi di gym ambil steroid.
Rujukan:
1. WebMD
2. Mayo Clinic
3. Drugs