(Gambar hanya sekadar hiasan)
Di setiap penjuru dunia golongan lelaki berusaha untuk meningkatkan kekuatan, kecergasan dan ketahanan mereka. Sama ada untuk sukan atau matlamat peribadi, terdapat pelbaga cara untuk memperbaiki tubuh badan mereka.
Antara salah satu yang paling terbukti berkesan adalah penggunaan steroid. Metandienone, juga dikenali sebagai methandienone atau methandrostenolone, adalah antara salah satu steroid anabolik yang paling penting dan popular di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan tak dapat disangkal, ia merupakan steroid oral yang paling popular di dunia. Ia disebabkan oleh kesannya terhadap badan yang sangat pantas dan menakjubkan.
Malah, harganya yang murah dan berbentuk pil memudahkan "budak baru" yang tidak berani mengambil steroid suntikan membuatkan steroid menjadi lebih popular.
Dianabol, Danabol atau Dbol
Selain itu, ia popular di kalangan "budak baru" yang tidak berani untuk mengambil steroid dalam bentuk suntikan.
Nama-nama yang disebut di atas adalah nama saintifiknya, namun ia lebih dikenali dengan nama jenamanya iaitu Dianabol, Danabol, Dbol dan banyak lagi.
Walaupun kebanyakannya ditemui dalam bentul pil, Dbol juga terdapat dalam bentuk suntikan namun pil mewakili cara utama pengambilan steroid ini.
Mengapakah steroid ini sangat penting?
Dalam banyak cara, steroid ini membawa kepada kelahiran dadah peningkat prestasi era moden.
Ia bukanlah steroid anabolik pertama yang digunakan untuk tujuan ini, namun Dbol membuka jalan kepada gelombang baru penggunaan steroid yang telah berkembang melebihi jangkaan orang lain.
Sejarah penghasilan Dianabol
(Dr. John Ziegler di pejabatnya)
Sepanjang tahun 1940 dan 1950an, Kesatuan Soviet mula untuk mendominasi dalam Sukan Olimpik dan penggunaan testosteron oleh kebanyakan atlet kesatuan ini membuatkan negara-negara lain ketinggalan di belakang.
Ketika ini, Dr. John Ziegler dari pasukan Olimpik Amerika Syarikat mempelajari penggunaan steroid Kesatuan Soviet dan dengan cepat membantu atlet-atlet AS memastikan mereka tidak ketinggalan.
Pada tahun 1958, dengan bantuan Dr. Ziegler, syarikat Ciba Pharmaceuticals mengeluarkan kumpulan pertama Methandrostenolone dengan nama Dbol.
Dalam masa semalaman sahaja steroid ini telah membuahkan hasil yang menakjubkan memberikan kelebihan kepada atlet AS mengatasi musuh mereka Kesatuan Soviet.
Selepas pelancaran steroid ini, Dbol dengan pantas mendapat perhatian oleh hampir setiap sukan kompetetif yang anda boleh bayangkan.
Malah, steroid ini menjadi ruji dalam pertandingan bina badan yang mana kekal sehingga hari ini.
(Arnold Schwarzenegger)
(Ulisses William Jr)
Walaubagaimanapun, sejurus selepas ia dilancarkan, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat memberikan tekanan terhadap Ciba Pharmaceuticals dalam usaha memaksa syarikat itu untuk menyenaraikan manfaat perubatan sebenar Dbol.
FDA meluluskan penggunaannya untuk rawatan osteoporosis terhadap wanita selepas menopos dan juga masalah "pituitary-deficient dwarfism".
Kemudian FDA sekali lagi menekan syarikat ini namun pada tahun 1983, Ciba Pharmaceuticals mengehentikan pengeluaran Dbol kerana tidak mampu menahan tekanan.
Beberapa tahun kemudian, FDA mengharamkan kesemua jenama Methandrostenolone dari pasaran Amerika Syarikat. Semenjak itu Dbol dikeluarkan secara haram di Amerika Syarkat dan dikeluarkan secara besar-besaran di seluruh dunia.
Sifat Dianabol
Seperti yang dinyatakan di atas, Dbol berasal dari Methandrostenolone, sejenis steroid anabolik androgenik.
Dengan mengubah hormon testosteron yang terdapat dalam badan lelaki, Dbol menambah ikatan berganda dengan karbon pada rantai molekul.
Walaupun agak kecil namun perubahan ini mengubah cara badan memproses dadah ini memjadikannya bertahan lama.
Selain itu, hormon yang diubah mempunyai satu kumpulan metil dalam posisi karbon ke-17. Ia membolehkan Dbol untuk bertahan apabila diambil melalui oral.
Kesan pengambilan Dianabol
(Lazar Angelov)
Dbol adalah steroid membesarkan badan (bulking) yang paling banyak digunakan ketika ini. Ia disebabkan oleh ia boleh seseorang itu menambah jisim badan sehingga 10 kilogram dalam hanya beberapa minggu penggunaan sahaja.
Ketika fasa ini, individu yang mengambil Dbol boleh melihat peningkatan pada kekuatan dengan begitu ketara.
Kesan pantas dan dramatik Dbol terhadap badan membuatkannya sempurna untuk digandingkan dengan pemakanan yang sihat dan kaya dengan protein.
Dengan ini, tak hairanlah Dbol menjadi antara steroid terbaik untuk membina otot yang ada di pasaran.
Oleh kerana ia boleh memberikan peningkatan pantas terhadap jisim badan, para atlet yang mencari sesuatu yang lebih mudah diuruskan lebih cenderung memilih steroid Anavar atau Winstrol, yang memberikan manfaat tanpa meningkatkan jisim dan berat badan.
Sebagai contoh, atlet berbasikal profesional mungkin tidak melihat peningkatan jisim badan sebanyak 10 kilogram sebagai sesuatu yang memberikan manfaat kepada mereka, terutamanya apabila penambahan berat ini tidak diterjemahkan kepada jumlah kekuatan yang sama.
(Rob Riches)
Jadi, Dbol lebih popular dalam kalangan mereka yang mensasarkan peningkatan kekuatan dan juga jisim badan, iaitu dalam sukan bina badan.
Walaupun steroid ini boleh membuatkan saiz dan berat badan meningkat dengan dramatik, namun ia juga bergantung kepada pemakanan.
Jika pengguna tidak mengambil jumlah kalori yang cukup, maka saiz dan jisim badan tidak akan menunjukkan perubahan ketara. Bagi atlet olahraga, ia bukan lah yang terbaik namun jika mereka mensasarkan peningkatan kekuatan, ia mampu memberikan kesan yang menakjubkan.
Untuk memudahkan pemahaman, ini adalah antara kesan pengambilan Dbol:
- Meningkatkan jumlah testosteron bebas dalam badan. (Testosteron = otot)
- Meningkatkan sintesis protein (lebih banyak protein digunakan untuk membina otot)
- Meningkatkan pengekalan nitrogen ("pump" yang lebih baik dan pemulihan pantas)
- Meningkatkan penghasilan sel darah merah (lebih pantas untuk menyesuaikan diri dengan sesi latihan intensif)
- Merangsang pembakaran lemak
- Meningkatkan glikogenolisis (membebaskan glukosa untuk memberikan kekuatan pantas)
- Meningkatkan aktiviti metabolik (anda boleh makan lebih banyak makanan dan tanpa menambah lemak)
- Meningkatkan tahap kekuatan
- Mengurangkan keletihan (anda boleh workout lebih lama)
- Pemulihan otot yang pantas (anda boleh workout lebih kerap)
Kesan sampingan Dianabol
Dan, walaupun steroid ini memberikan kesan yang menakjubkan kepada badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang membuatkan ramai orang akhirnya tidak menggunakannya.
Antara kesan-kesan sampingan penggunaan Dbol termasuklah:
1. Payudara kelihatan seperti wanita
Dbol adalah sejenis dadah estrogenik yang menghasilkan hormon estrogen seperti yang dimiliki wanita.
Maka, ia adalah sangat biasa untuk penggunanya mengalami kesan "gynecomastia" yang mana membuatkan dada menjadi seakan-akan payudara wanita.
Gynecomastia boleh berlaku di awal penggambilan Dbol, yang mana kesan yang menjadi mimpi ngeri bagi setiap penggunanya.
Malah, ia boleh memberi kesan kepada satu atau kedua-dua bahagian dada anda, bergantung bagaimana badan anda bertindakbalas terhadapnya.
Lebih banyak dos Dbol yang anda ambil, lebih cepat ia berlaku. Ramai "budak baru" yang tidak tahu akan kesan ini berakhir dengan penyesalan gara-gara mengikut orang lain untuk cepat besar.
Walaupun ia boleh dielakkan melalui terapi selepas tempoh kitaran steroid ini yang dikenali sebagai "Post cycle therapy" atau PCT, namun masih ramai yang mengalami masalah payudara wanita, walaupun sudah pakar menggunakan steroid.
2. Badan "membelon"
Boleh dikatakan salah satu sebab ramai orang mengambil steroid anabolik adalah untuk memperbaiki rupa bentuk badan mereka. Walaubagaimanapun, Dbol boleh menyebabkan badan anda menyimpan banyak air yang mana membuatkan anda kelihatan seperti belon.
Ini disebabkan oleh lemak subkutaneus dan penyimpanan air di bawah kulit, serta menghilangkan bentuk badan yang anda idamkan selama ini. Di sinilah pemakanan yang betul memainkan peranan penting untuk mengurangkan kesan "belon".
3. Kulit berminyak dan berjerawat
Sebagai tambahan kepada kesan estrogenik, Dbol memberikan kesan sampingan androgenik yang sangat ketara pada badan. Apa yang dimaksudkan adalah ia kemungkinan besar membuatkan kulit anda menjadi terlebih berminyak dan penumbuhan jerawat yang luar biasa.
Jika anda seorang yang cenderung untuk mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, kesan ini akan lebih teruk kepada anda. Dan kesan ini tidak akan hilang sebaik sahaja anda berhenti mengambil Dbol.
Ia mengambil masa untuk keluar dari sistem badan dan pasti anda menyesal kerana berbadan besar tetapi muka menjadi tidak kacak kerana dipenuhi jerawat. Oh, ia bukan sahaja di bahagian muka, tetapi mungkin di seluruh badan termasuk belakang.
4. Penumbuhan bulu-bulu pada badan
Kerana kesan peningkatan testosteon oleh Dbol, makan sifat kejantanan anda juga akan meningkat. Ia termasuklah penumbuhan bulu-bulu badan
Dan ia bukan melibatkan jambang dan rambut lebat yang anda idamkan, tetapi ia boleh menyebabkan bulu tumbuh di seluruh badan.
Anda tak boleh jangkakan apa yang akan berlaku. Dan jika anda sememangnya yang jenis berbulu, maka anda mungkin boleh berubah menjadi apa yang anda tak pernah bayangkan.
5. Botak
Mungkin bagi mereka yang mengalami masalah rambut jarang atau botak sukakan kesan sampingan seperti di atas. Namun, apa yang berlaku adalah pengambilan Dbol boleh mempercepatkan keguguran rambut terhadap mereka yang terdedah kepada masalah rambut.
6. Tekanan darah tinggi
Pengekalan air dalam badan juga boleh menggalakkan tekanan darah tinggi, yang mana kesan sampingan yang terkenal oleh pengambilan Dbol.
Kesan ini boleh dikawal namun apabila ia berkaitan dengan tekanan darah tinggi, anda perlu lebih berhati-hati dalam memantaunya memastikannya tidak mencetuskan masalah yang lebih teruk
7. Kerosakan organ hati
Dan kesan sampingan yang paling menakutkan adalah ia boleh merosakkan organ hati anda. Dbol dalam bentuk pil adalah sejenis "C-17 alpha alkylated", istilah yang merujuk kepada perubahan sintetik pada steroid oral.
Dengan kata mudah, ia menghalang Dbol untuk pecah dan menyahaktifkan di dalam hati, sebaliknya membenarkan keseluruhan dadah ini untuk masuk ke dalam saluran darah.
Tetapi disebabkan steroid ini sangat kuat, ia menjadi tersangat toksik dan boleh mengakibatkan kerosakan hati yang teruk. Dalam kes yang jarang, ia boleh menyebabkan kanser hati.
Kesimpulan
Sudah tentunya kami di iluminasi.com tidak menggalakan apatah lagi menyokong sesiapa untuk mengambil apa-apa jenis dadah atau steroid kerana ia lebih banyak memberikan kesan buruk daripada yang baik.
Lakukan senaman secara semula jadi dengan pemakanan yang sihat. Anda tidak perlu kelihatan "sado" keterlaluan untuk menjadi menarik, cukup dengan personaliti anda dan menjadi diri sendiri.
Artikel ini hanyalah untuk mendidik orang ramai tentang bahayanya pengambilan dadah steroid.
Wallahualam.
Nota: Penggunaan gambar dalam artikel ini adalah sekadar hiasan, tidak bermakna mereka mengambil steroid ini.
Rujukan:
1. Steroid
3. Broscience
4. Crazy Bulk