Oleh pada 27 Jan 2019 kategori

Bina badan adalah satu sukan yang sangat unik dan mencabar, di mana latihan beban dan rintangan dilakukan untuk membentuk tubuh badan dan fizikal yang diingini.

Ia bukanlah sesuatu bagi mereka yang tidak kuat semangat dan tidak mempunyai kesungguhan yang tinggi.

Sukan ini memerlukan anda memenuhi segala kriteria penting untuk berjaya, termasuklah latihan berterusan, pemakanan yang betul serta rehat yang cukup.

BESARKAN TEKS     A-  A+

phil vs kai

Tanpa semua ini, anda hanya boleh berangan untuk menjadi seorang ahli bina badan. Sepanjang sejarah, terdapat terlaluramai ahli bina badan yang sangat hebat dan memberikan impak dalam sukan ini.

Namun, terdapat beberapa orang daripada mereka yang menjadi ikon kepada bina badan dunia. iluminasi.com kongsikan 6 ahli bina badan paling hebat sepanjang zaman. 

6. Lee Haney

lee haney

Lee Haney adalah satu-satunya ahli bina badan yang memegang rekod gelaran Mr.Olympia terbanyak iaitu sebanyak 8 kali, sehinggalah Ronnie Coleman menyamai rekod tersebut pada tahun 2005.

Beliau memegang rekod itu selama 14 tahun. Lee Haney menjadi terkenal pada awal tahun 1980-an dan mula memenangi gelaran Mr.Olympia pertama pada tahun 1984.

Beliau terus memenangi gelaran itu selama 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 1991. Sebelum era Lee Haney, ahli bina badan yang mempunyai tubuh badan yang kecil dan simetri menjadi kegemaran.

Namun, selepas kehadiran beliau, segala-galanya dalam dunia bina badan berubah selama-lamanya. Bina badan kemudian ditakrifkan oleh saiz yang besar dan juga cantik.

5. Dorian Yates

dorian yates

Dorian Yates adalah bina badan berasal dari United Kingdom telah memenangi gelaran Mr.Olympia sebanyak 6 kali berturut-turut dari 1992 hingga 1997.

Beliau muncul di atas pentas selepas Lee Haney bersara. Ramai yang tidak pasti sama ada ahli bina badan mampu membina tubuh yang lebih besar daripada Lee Haney, sehinggalah Dorian muncul.

Dengan ketinggian 178 sentimeter dan berat mencecah 119 kilogram (serta lemak badan dalam 1 angka), Dorian mula menakluki dunia bina badan di tahap paling tinggi.

Lee Haney membawa tumpuan bina badan kepada saiz dan jisim, manakala Dorian pula membawa tumpuan ini kepada satu tahap lebih tinggi.

4. Frank Zane

frank zane

Frank Zane adalah ahli bina badan Amerika yang menjadi terkenal semasa "Golden Era" bina badan pada tahun 1970 bersama-sama Arnold Schwarzenegger dan Franco Columbu.

Frank pada mulanya bermula sebagai seorang guru matematik dan kimia, tetapi akhirnya menceburi ke arah bina badan. Beliau menjadi ahli bina badan kegemaran ramai kerana bentuk badannya yang tersendiri.

Sebab mengapa Frank sangat penting dalam dunia bina badan adalah kerana beliau memulakan pergerakan "estetik", satu pergerakan yang memfokuskan kepada keindahan, perkadaran dan keseimbangan

Ketika mana kebanyakan orang di gimnasium cuba untuk menjadi yang paling besar, Frank pula fokus kepada keseimbangan, bentuk dan kesempurnaan.

Beliau memiliki bahu yang lebar, pinggang yang ramping dan belakang yang besar, memberikan rupa fizikal yang sangat menakjubkan.

Frank memenangi tiga gelaran Mr.Olympia berturut-turut dari tahun 1977 hingga 1999.

3. Phil Heath

phil heath

Ketika ini, Phil Heath adalah ahli bina badan yang paling hangat diperkatakan. Beliau memenangi gelaran Mr.Olympia pertama pada tahun 2011 selepas menewaskan juara 4 kali iaitu Jay Cutler.

Sejak itu, beliau tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memenangi gelaran tersebut selama 7 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.

Shawn Rodden adalah ahli bina badan yang berjaya memecah penaklukan Mr.Olympia oleh Phil Heath apabila memenangi gelaran tersebut pada tahun 2018.

Antara ciri-ciri menakjubkan dimiliki Phil Heath adalah otot peha dan belakang yang tersangat besar, serta lengan yang lebih besar daripada peha kebanyakan orang.

2. Ronnie Coleman

ronnie coleman

Lee Haney membawa penekanan terhadap saiz dalam bina badan apabila dia melangkah ke pentas pada tahun 1984. Dorian Yates kemudian meneruskan tanggapan itu dan apabila beliau bersara, orang tidak pasti apa yang akan berlaku seterusnya.

Jika Lee Haney memperkenalkan era baru bina badan, Ronnie Coleman juga membawa era baru. Apabila menyebut tentang bina badan dan ahli bina badan moden, tiada siapa yang akan bermain di minda melainkan Ronnie Coleman. 

Beliau memenangi gelaran Mr.Olympia pertama pada tahun 1998, dan terus memenanginya selama 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2005.

Pada tahun 2003, Ronnie Coleman yang berketinggian 180 sentimeter mempunyai berat mencecah 131.5 kilogram. Dengan saiz yang begitu besar, tiada siapa pernah melihat apa-apa seperti beliau sebelum itu dan digelar sebagai "raksaksa".

Beliau menjadi ahli bina badan dengan rekod gelaran Mr.Olympia terbanyak sepanjang zaman bersama-sama Lee Haney.

1. Arnold Schwarzenegger

arnold schwarzenegger

Jelas sekali Arnold Schwarzenegger berada di kedudukan pertama senarai ini kerana hampir semua orang mengangga beliau sebagai ahli bina badan terbaik sepanjang zaman, walaupun berdasarkan piawaian bina badan pada hari ini.

Arnold menjadi bukti Era Emas bina badan dan benar-benar membantu sukan ini berkembang dan popular. Beliau memiliki tubuh badan yang dibina dengan sangat baik dan besar serta dan simteri.

Apa yang lebih menakjubkan adalah Arnold juga seorang yang sangat tinggi dengan ketinggian 188 sentimeter, yang mana paling tinggi dalam senarai ini.

Ketinggian menentukan segala-galanya dalam sukan bina badan kerana semakin tinggi seseorang, semakin sukar untuk membina otot dengan besar.

Arnold memenangi tujuh gelaran Mr. Olympia iaitu pada tahun 1970, 1971, 1972, 1973, 1974 dan 1980.

Walaupun ada ahli bina badan yang lebih besar daripada Arnold, namun beliau masih salah seorang yang paling hebat sepanjang zaman.

Arnold bukan sekadar ahli bina badan, tetapi kisah hidupnya dipenuhi dengan inspirasi dan kejayaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)