Negara kita dan negara Indonesia merupakan dua buah negara yang asalnya serumpun.
Kita mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Indonesia, malahan pernah mempunyai jalan perdagangan dan pemerintahan yang dibuka secara terbuka untuk semua. Dari segi bahasa kedua-dua bahasa kita kedengaran hampir serupa.
Namun bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tetap mempunyai banyak perbezaan daripada segi makna. Tahukah anda wujud beberapa perbezaan antara bahasa kita dan Indonesia yang agak mengelirukan, serta boleh mendatangkan marah sekiranya kita tidak mengerti perbezaannya.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Kecemasan
Sekiranya anda berkata 'saya berada dalam kecemasan!' kepada orang Indonesia, berkemungkinan besar mereka akan membiarkan saja anda.
Berbeza dengan kita di mana kecemasan digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang kelam-kabut atau penting, kecemasan pada mereka bermaksud 'kebimbangan' atau stres.
2. Kereta
Di Indonesia, perkataan kereta kebiasaannya digunakan bagi merujuk kepada keretapi. Bagi merujuk kepada kereta, mereka menggunakan istilah 'mobil.'
Ini bermakna, sekiranya nama 'Batmobile' diterjemahkan ke dalam kedua-dua bahasa, di Indonesia akan ditulis sebagai 'Mobil Batman' tetapi di Malaysia pula akan ditulis sebagai 'Kereta Batman.'
3. Bercinta
Janganlah anda sama sekali ajak orang Indonesia bercinta dengan anda, kalau mereka belum jelas tentang penggunaan Bahasa Melayu kita.
Di Indonesia, 'bercinta' membawa makna tidur bersama. Untuk kita pula, bercinta membawa makna berpasang-pasangan.
4. Jemput
Bagi orang Malaysia, jemput datang ke rumah bererti mengajak seseorang hadir sebagai tamu ke rumah.
Untuk orang Indonesia, mereka menggunakan jemput apabila mahu menetapkan masa bagi mengambil seseorang di mana-mana tempat yang telah ditetapkan.
Jangan terkejut kalau kawan Indonesia anda tidak hadir dan mungkin kecewa, sekiranya anda menjemput mereka ke rumah anda.
5. Berkelakuan sumbang
Janganlah pula pelik seandainya ada orang Indonesia bertepuk tangan gembira mendengar ada orang berkelakuan sumbang.
Ini kerana bagi mereka, istilah itu digunakan untuk merujuk sifat seorang yang gemar menyumbang kepada sesuatu atau menderma.
Kita pula tetap juga menggunakan perkataan sumbang dalam makna serupa iaitu sumbangan atau menyumbang, tetapi amat malu kalau ditangkap berkelakuan sumbang.
6. Gampang
Penulis banyak kali juga kaget semasa perlu banyak berinteraksi dengan rakan Indonesia dulu - kenapa banyak kali diulangnya gampang, gampang, gampang.
Anak luar nikah siapa yang dimaksudkannya? Rupa-rupanya gampang pada orang Indonesia bermakna senang.
7. Kakak
Orang Indonesia menggunakan perkataan kakak dalam makna yang sangat berbeza dengan kita.
Kakak bererti 'abang' di Indonesia, sementara kita pula merujuk kepada individu wanita lebih tua. Usahlah terkejut sekiranya ada gadis Indonesia memanggil anda kakak sekiranya anda lelaki. Tidak hilang maskuliniti anda.
8. Seronok
Kita di Malaysia menggunakan perkataan seronok untuk menggambarkan sesuatu situasi aktiviti yang digemari kita.
Bagaimanapun, di Indonesia perkataan seronok digunakan bagi melambangkan sesuatu yang tidak senonoh seperti 'pakaian kakak itu tidak seronok' bererti pakaian lelaki itu memalukan.
9. Percuma
Orang Malaysia amat gemarkan barangan atau hadiah yang diperolehi secara percuma, kerana tidak memerlukan sebarang kos pada kita.
Warga Indonesia pula menggunakan istilah percuma untuk menggambarkan sesuatu yang membazir atau tidak lagi perlu diteruskan, seperti "tak usahlah bercakap lagi, percuma saja usaha kau."
10. Satria Baja Hitam
Sebagai kanak-kanak generasi 90-an, sejak dulu penulis tertanya kenapa siri Masked Rider Black di negara kita diterjemahkan sebagai 'Satria Baja Hitam.'
Apa kaitannya baja dengan adiwira Jepun itu?
Sekarang barulah penulis tahu, baja dalam Bahasa Indonesia bermakna besi keluli.
Bagaimanapun, di Malaysia - baja lebih popular merujuk kepada bahan yang diletakkan pada pokok untuk menggalakkan pertumbuhannya, walaupun kita pun sebenarnya berkongsi makna sama seperti istilah Indonesia.
Anda tahu ada tak perbezaan lain yang wujud? Kalau ada, nyatakan dalam ruangan komen. Minat dengan artikel ini?
Pelajari tentang sejarah zaman konfrontasi di antara negara kita dan Indonesia satu ketika dulu.