gambar lelaki workout tekan tubi

Kini trend sado dah semakin berkembang dan berleluasa. Terima kasih kepada industri kesihatan yang kian meluas membuatkan gym-gym tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jejaka-jejaka sado pun tak kurangnya juga semakin bertambah di jalanan mengganggu dan mencuri hati gadis-gadis.

Namun, dengan perhatian yang diperoleh, bukan mudah untuk menjadi sado. Pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan demi mendapatkan badan yang diidam-idamkan. Selain penat peluh di gym, makanan yang sihat serta rehat dan cukup, suplemen juga memainkan peranan yang sangat penting.

BESARKAN TEKS     A-  A+

matt ogus badan sado besar bodo

Mungkin ada yang berpendapat tanpa suplemen pun boleh dapatkan badan yang cantik. Ya, memang itu tak dapat dinafikan, namun, nama suplemen atau makanan tambahan itu sendiri menjelaskan bahawa ia hanya tambahan kepada yang sedia ada.

Makanan dari sumber semulajadi seperti ayam, daging dan ikan adalah yang terbaik tetapi jika ditambahkan dengan suplemen, ia akan menjadi lebih pantas dan mudah.

Bagi mereka yang mahu ambil suplemen, iluminasi.com ingin berkongsi 3 suplemen yang paling penting dalam membina otot dan badan.

1. Creatine

creatine powder tepung

Creatine adalah bahan semulajadi yang ada dalam sel otot badan kita yang mana 95% daripada bekalannya dijumpai di sekitar tisu otot rangka. Badan manusia menghasilkan creatine namun dalam jumlah sedikit. Creatine juga boleh dijumpai dalam daging merah termasuk daging lembu. Namun untuk memaksimakan penyimpanan dan manfaat creatine sepenuhnya, anda perlu makan lebih daripada 1 kilogram daging.

creatine dari daging merah

creatine dan fungsinya

Jadi, jika tak mampu makan daging sebanyak itu anda boleh ambil suplemen creatine yang mana lebih murah daripada kos daging. Fungsi creatine adalah meningkatkan kekuatan otot, dan juga membantu pulihkan tenaga anda di antara set workout dengan lebih cepat. Ini membuatkan anda boleh workout lebih lama dan lebih power, yang membuatkan otot anda cepat membesar.

Creatine juga adalah suplemen yang paling banyak dikaji selepas whey protein.

2. Whey protein

whey protein sebuk minuman

Boleh dikatakan 90% daripada mereka yang bersenam untuk menjadi sado mengambil suplemen ini dan suplemen bina badan yang paling laris di dunia. Tak kiralah anda dapatkan otot atau nak kurangkan lemak, whey protein boleh membantu anda mendapatkan hasil lebih cepat. Terdapat pelbagai jenis suplemen protein di pasaran. Protein adalah nutrien paling penting dalam usaha membina otot, dan whey protein adalah yang terbaik jika perlu dipilih satu.

whey protein 2p593

Whey protein mengandungi jumlah protein yang sangat tinggi, dan biasanya diminum betul-betul selepas habis workout. Ini adalah kerana ketika itu otot dan badan sangat memerlukan nutrien ini dan dapat menyerap dengan baik. Whey juga merupakan protein yang dihadam dengan cepat yang membantu membekalkan asid amino kepada otot.

3. Branched-Chain Amino Acid (BCAA)

gambar lelaki minum suplemen protein tambahan

Ini mungkin antara suplemen yang ramai yang kurang faham kegunaannya lebih-lebih lagi mereka yang baru berjinak dalam dunia bina badan. Namun jika melihatkan kepada abang-abang sado, pasti mereka ambil BCAA ini kerana ia antara nutrien paling penting dalam bina otot. Terdapat 20 jenis asid amino dalam badan kita, tetapi hanya 3 sahaja dikategorikan sebagai BCAA iaitu leucine, isoleucine, and valine.

Ketiga-tiga asid amino ini merangsang sintesis protein dan juga mengawal metabolisma protein. Fungsi BCAA dalam bina badan adalah mengurangkan keletihan pada otot, mempercepatkan proses pemulihan otot, mengurangkan kehilangan asid amino lain dan membantu badan menyerap protein.

bcaa packaging

Selain itu, BCAA juga bertindak sebagai sumber tenaga ketika workout yang menggantikan nutrien yang hilang ketika bersenam. Jika ada duit lebih, BCAA adalah suplemen yang wajib!


Walau sehebat mana pun suplemen ini, tanpa pemakanan yang betul dan senaman yang padu, jangan nak mimpi badan cun dan sado.

Selamat men-sado-kan badan!




Hakcipta iluminasi.com (2017)