Oleh pada 04 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Ahli perniagaan Asyraff Mazlan menafikan dia merupakan orang ketiga yang menjadi punca hubungan pertunangan pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terputus.

Jejaka itu akui terkejut dengan penularan foto umrah mereka berdua hingga menimbulkan gosip liar.

Walhal, pemergian ke Tanah Suci itu melibatkan sembilan orang kesemuanya, namun gambar yang tersebar seolah-olah menampakkan hanya mereka berdua bertolak ke sana.

asyraff mazlan pula jawab status hubungan dengan elfira loy 2

Kredit foto: Sinar Harian

“Sebenarnya bukan kami berdua sahaja yang pergi. Kami sembilan orang. Cuma kebetulan gambar itu pulak yang ditularkan dan dikaitkan dengan punca putusnya pertunangan Elfira, Sufian," katanya kepada portal Sinar Harian.

Asyraff menganggap hubungannya dengan Elfira istimewa hanya kerana sudah saling mengenali dalam suatu tempoh yang lama.

“Saya dan Elfira dah lama kenal. Keluarga dia pun saya baik. Jadi hubungan kami istimewa sebagai orang yang dah lama kenal, itu sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Asyraff menafikan dia mempunyai niat merampas Elfira daripada Sufian hingga hubungan kedua selebriti itu terpisah.

“Tak ada langsung niat saya caras Elfira dari Sufian. Saya juga simpati bila Elfira, Sufian putus tunang,” katanya.

Jelas Asyraff, apa yang ditulis dalam kapsyen fotonya bersama Elfira ketika berada di Mekah hanyalah bersifat gurauan semata-mata.

“Saya ni kuat bergurau dan berkawan dengan ramai orang. Jadi janganlah ambil serius perkara tersebut,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)