Oleh pada 04 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Aktres Elfira Loy menepis dakwaan kononnya Asyraff Mazlan menjadi orang ketiga dalam perhubungannya bersama penyanyi Sufian Suhaimi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Insta Stories, Elfira menegaskan hubungannya dengan Asyraff sudahpun terjalin dalam suatu tempoh yang lama. 

Kata bekas tunang Sufian ini, pemergiannya menunaikan umrah pada Februari lalu juga tidak hanya melibatkannya dan Ashraff sebagaimana yang diperkatakan.

Elfira berharap tiada pihak yang menuduh dirinya sebagai punca fitnah itu tersebar memandangkan ayat kapsyen yang ditulis sebelum ini jelas menyatakan situasi sebenar foto yang dimuatnaik.

"Kalau nak kata saya yang beri ruang untuk orang buat fitnah, dalam kapsyen terang-terang dah tulis makan sempena kelahiran Acap (Asyraff).

"El dah kenal Acap dah lama lagi dah, sejak dari zaman tak bertudung masa shoot (penggambaran) Kayuhan Cinta sampailah sekarang.

"Dan perjalanan ke Mekah, kami hanya satu kumpulan, bukan pergi bersama,” tulisnya.

Elfira berkata, penjelasan yang dikemukannya itu seharusnya sudah menjawab persoalan ramai, justeru jika masih ada gosip yang mengaitkan namanya dengan Asyraff, dia enggan dianggap sebagai punca.

“Tapi lepas ini kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang memfitnah.

"Bukan El yang menimbulkan fitnah,” katanya.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang mengatakan Asyraff merupakan kekasih baru Elfira selepas jejaka itu memuat naik foto mereka ketika berada di Makkah dan menyambut hari lahirnya baru-baru ini.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)