Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
Setelah lebih seminggu pemergian Johan Nawawi, penyanyi Nora Ariffin baru-baru ini telah memuat naik sebuah foto di laman Instagramnya mendedahkan hadiah dan nota terakhir pemberian arwah.
Foto tersebut yang memperlihatkan senaskah Al-Quran turut disertai sekeping nota ucapan terima kasih kepada Nora.
Nora menyertakan foto tersebut bersama kapsyen ucapan sayu beliau.
Assalamualaikum.. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Antara hadiah yang paling bermakna daripada arwah suami tercinta berserta kata-kata yang sangat bererti. Seminggu sudah berlalu, namun keperitan sukar digambarkan.. Allah saja yang tahu.. Semoga abang tenang di sana, di taman syurga bersama orang beriman. Orang baik, perginya juga baik. Abang... Adamu menyenangkan dan membahagiakan... Pergimu amat menyedihkan.. Insya-Allah, bertemu di syurga.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
Johan meninggal dunia pada 24 Mac lalu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung. Allahyarham merupakan komposer lagu-lagu pop dan berunsur ketuhanan, malah banyak mencipta lagu-lagu yang mempopularkan isterinya.
Kredit foto: Instagram Nora Ariffin