Kredit foto: Instagram Nassier Wahab
Penyanyi Datuk Nassier Wahab tidak menyangka tahun ini akan membawa rahmat buatnya apabila dikurniakan dua ganjaran sekaligus iaitu gelaran Datuk dan hadiah berupa sebuah banglo.
Ujar Nassier, banglo tersebut adalah pemberian syarikat hartanah yang dimiliki oleh pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman - selepas beliau dipilih sebagai duta.
Kredit foto: Instagram Nassier Wahab
Sejujurnya saya tidak menyangka akan diberikan nikmat berganda seperti ini kerana sepanjang 32 tahun bergelar anak seni, saya tidak pernah bermimpi untuk mendapat penghargaan ini. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, 18 April lalu. Saya bukan sahaja diumumkan sebagai duta sebuah syarikat hartanah namun saya juga mendapat sebuah banglo dan kediaman tersebut tidak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang ini. Saya diberi tanggungjawab selama dua tahun sebagai duta dan harus memberi kesedaran kepada masyarakat supaya memiliki rumah sendiri pada usia muda.
Sumber: Astro Gempak
Nassier membuat kenyataan tersebut di majlis memperkenalkan duta Syarikat DBI Technology Sdn.Bhd yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Selain teruja, bekas finalis Gegar Vaganza musim kedua itu menyifatkan banglo bernilai RM150,000 yang terletak di Kapar, Klang, Selangor tersebut adalah hadiah cukup bermakna yang diterimanya setelah sekian lama bergelar anak seni.
Kredit foto: Instagram Nassier Wahab