Kredit foto: kisahartis.com

Bukan mudah untuk melalui saat-saat getir tatkala kehilangan orang yang kita sayang. Apatah lagi untuk meneruskan kehidupan mendatang tanpa kehadiran mereka di sisi. 

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian suami Nora Ariffin iaitu Johan Nawawi kerana serangan jantung. Kehilangan tanpa diduga itu memberi kejutan besar kepada Nora yang telahpun sekian laman hidup berpasangan bersama suaminya. 

Bagi meredakan perasaan, Nora dilihat kerapkali muncul di laman Instagram menceritakan memori kehidupannya bersama arwah semasa hayat mereka bersama. Pelbagai foto menarik dan kapsyen sayu dikongsi Nora biarpun telah beberapa minggu Johan pergi.

Namun atas permintaan adik-beradik beliau, nampaknya sudah tiba masanya untuk Nora berhenti menulis dan meratapi pemergian tersebut. 

adik beradik minta nora berhenti menulis tentang arwah suami 2

Saya dah kehilangan suami dlm sekelip mata.
Saya hanya ada anak2 yg perlu ditanggung.
Saya menulis kerana ingin menenangkan diri, menguatkan semangat dan meluahkan perasaan sendiri…cerita hati saya.
Hanya pada Allah saya bergantung.
Tapi demi permintaan adik beradik saya….mereka mintak saya BERHENTI MENULIS… 

Sumber: Instagram Nora Ariffin 

Ahli keluarga mana yang mahu melihat anggota keluarga mereka hidup dalam kesedihan. Susulan itu adik-beradik Nora ingin dia melupakan kisah lalu dan bangkit semula meneruskan kehidupan.  

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen bersetuju dengan saranan tersebut kerana mereka juga mahu melihat Nora menjadi insan yang kuat. Namun tak kurang ada yang berpendapat sebaliknya - meminta Nora terus menulis dan merintih asalkan dapat meredakan perasaannya.  

adik beradik minta nora berhenti menulis tentang arwah suami 3

Kredit foto: Instagram Nora Ariffin & Suria.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)