Oleh pada 31 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

     

Penyanyi Nora Ariffin buat pertama kali mendedahkan punca sebenar kematian mengejut anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20.

Nora berkata, anak keduanya yang meninggal pada 15 Disember lalu adalah berikutan faktor genetik.

Selain itu, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu menyifatkan sudah sampai masa ajal buat Alif, sebagaimana yang ditentukan Allah.

"Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagi kerana sudah ketentuan ajal," katanya kepada portal Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan sewaktu majlis perlantikan sebagai duta produk penjagaan wajah Korea, Prettian yang berlangsung di Glam Hall, Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu, penyanyi itu mengunci mulut tentang punca kematian anaknya walaupun selepas melalui prosedur bedah siasat.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia akur dengan ketentuan ajal yang ditetapkan, seperti juga yang menimpa pemuzik Lok U baru-baru ini.

    

alif johan

Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

     

"Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok U, tiba-tiba baru-baru ini meninggal dunia dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif.

"Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan meninggal juga," katanya.

Imbas kembali, Nora turut kehilangan suaminya, komposer terkemuka Johan Nawawi yang meninggal pada 24 Mac 2017 kerana serangan jantung. 

    

Sumber berita: "Alif Meninggal Dunia Kerana Faktor Genetik Dan ..." - Nora Dedah Punca Anak Mati Mengejut

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)