Walaupun bukan budaya kita di Asia untuk menggunakan tab mandi sebagai satu alat untuk membersihkan diri, idea ini digunakan secara meluas di negara-negara Barat serta negara bermusim sejuk.

Dan ke mana sahaja anda pergi ke seluruh pelusuk dunia atau tinggal di hotel yang mempunyai tab mandi, pasti anda menyedari satu perkara.

Semua tab mandi yang anda temui, saiznya lebih pendek daripada ketinggian anda membuatkan kaki anda tergantung. Mengapa tak mandi tidak dicipta lebih panjang?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea mengenai tab mandi bermula lebih dari 5,000 tahun dahulu, ke zaman sistem paip terawal yang pernah ditemui di Lembah Indus India purba.

Malah, tab mandi peribadi telah wujud sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Dari tong kayu dan besen tembaga kepada tab mandi porselin moden, ia biasanya tersedia untuk orang kaya.

Dan dalam 200 tahun yang lalu, tab mandi peribadi untuk orang biasa menjadi semakin popular dan meluas.

tab mandi clawfoot

(Tab mandi clawfoot)

Tab mandi di Eropah diperbuat daripada besi, timah dan tembaga, dan biasanya terdapat dalam gaya clawfoot (tab mandi berkaki).

Menjelang awal abad ke-20, didapati bahawa porselin boleh digunakan untuk menggantikan besi, menjadikannya lebih tahan lama, lebih mudah untuk dihasilkan dan lebih mudah dibersihkan.

Menjelang pertengahan abad ke-20, tiub gentian kaca menjadi satu standard, kerana ketahanan dan lebih ringan.

Sehingga kini, anda boleh melihat tab mandi clawfoot antik dan replika mode, serta tab mandi yang direka khas. Namun, tab mandi standard di kebanyakan rumah bersaiz 3 x 5 kaki.

Memandangkan kebanyakan daripada manusia di atas muka Bumi ini lebih tinggi daripada 5 kaki 152 sentimeter, bukankah ia satu idea yang kurang bijak untuk mereka bentuk tab mandi standard yang tak mampu memuatkan majoriti penduduk dunia?

Malah, tab mandi yang pendek membuatkan kaki anda tergantung sekaligus menyebabkan ketidakselesaan.

Sebab tab mandi pendek

mengapa saiz tab mandi biasanya lebih pendek daripada ketinggian kebanyakan manusia

Walaupun tidak ada jawapan yang diterima secara formal atau universal untuk soalan ini, terdapat beberapa faktor yang mungkin membawa kepada mengapa tab mandi direka bentuk sebegini.

Yang pertama sudah tentunya untuk keselamatan.

Mandi adalah aktiviti tradisi yang menenangkan, membolehkan seseorang tidak mempedulikan masalah mereka dan hanyut seketika sambil menghirup aromaterapi di udara.

Walau bagaimanapun, terlelap di dalam tab mandi sangat membahayakan jika anda tergelincir ke dalam air.

Mempunyai tab mandi yang lebih pendek daripada ketinggian kebanyakan orang bermakna jika anda tergelincir di dalam tab mandi, muka anda mungkin tidak akan tenggelam kerana kaki akan menyokong badan, mengelakkan daripada sebarang kecelakaan.

Walaupun ini mungkin menyukarkan orang yang tinggi untuk menenggelamkan badan mereka, tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa orang yang lebih pendek.

Selain itu, berat dan saiz tab mandi (walaupun diperbuat daripada gentian kaca) boleh membuatnya terlalu sukar untuk diangkut dan dipasang. 

Sekiranya tab mandi terlalu panjang, sukar untuk membawanya masuk ke dalam bilik mandi.

Fungsi

kanak kanak lebih gunakan tab mandi

Di banyak tempat di dunia, termasuk Amerika Syarikat, aktiviti mandi lebih dikaitkan dengan kanak-kanak berbanding orang dewasa, sekurang-kurangnya dari segi kebersihan harian.

Oleh kerana saiz kanak-kanak yang lebih kecil, dan penggunaan tab mandi oleh orang dewasa adalah kurang kerap, reka bentuk tab mandi yang lebih kecil ini adalah masuk akal.

Kebanyakan rumah dan pangsapuri dilengkapi dengan gabungan pancuran mandian atau tab mandi, namun kebarangkalian untuk pengguna memilih untuk menggunakan pancuran mandi adalah lebih tinggi.

Sesetengah bahagian dunia lebih suka kan reka bentuk yang padat dan ekonomi, yang mana lebih cenderung menggunakan tab mandi yang kecil.

Di samping itu di Amerika Syarikat, mandi dirasakan seperti sesuatu yang ketinggalan zaman, trend yang menjadi kurang biasa di dunia moden yang sibuk dan pantas. 

Kos

kaki terjulur dalam tab mandi

Mempunyai saiz dan bahan piawai untuk tab mandi membolehkan berlakunya pengeluaran besar-besaran dan harga yang agak rendah.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh membeli tab mandi asas untuk beberapa ribu ringgit, namun pemasangan dan pembinaan lain di untuk projek bilik mandi mungkin lebih mahal.

Sekiranya anda mahukan tab mandi reka bentuk khas, mungkin lebih besar atau lebih panjang, harga tab mandi tersebut akan menjadi lebih mahal berkali ganda.

Bagi "besen" kosong yang jarang digunakan oleh ahli keluarga, membelanjakan wang yang banyak untuk tab mandi adalah sesuatu yang tidak berbaloi.

Kecekapan ruang

tab mandi saiz kecil

Kebanyakan rumah dan apartmen direka bentuk dengan saiz bilik berpandukan standard untuk saiz perkakas.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli rumah yang telah siap dan bukannya mereka bentuk sendiri, bilik mandi akan mungkin telah direka bentuk untuk dipasangkan dengan tab mandi asas dan sebarang pelarasan yang anda mahukan mungkin akan mengganggu ruang sedia ada.

Setiap kaki persegi hartanah adalah sangat berharga, jadi arkitek dan jurutera cuba menggunakannya secekap yang boleh. Tab mandi yang lebih kecil mewujudkan rasa yang luar dan membolehkan ruang selebihnya digunakan untuk aspek rumah yang lebih penting.

Teori ini juga digunakan di hampir semua hotel yang mempunya tab mandi. Tab mandi kecil biasanya dipasangkan di dalam bilik mandi kebanyakan hotel kerana ia menjimatkan ruang dan membolehkan ruang bilik menjadi lebih besar.

Rujukan:

1. Luxury Freestanding Tubs with Modern Design in the USA

2. Wikipedia

3. TODAY

4. NerdWallet




Hakcipta iluminasi.com (2017)