Ragam manusia memang kelakar. Kita mampu melakukan apa saja untuk membuktikan diri kita ini unik. Tetapi ada kalanya, entah mengapa ada sesetengah manusia perbuatannya menjadi terlalu ganjil sehingga tidak mampu diterima akal. Apatah lagi bila melibatkan perkahwinan.
Berikut adalah kisah-kisah perkahwinan dengan haiwan yang dilakukan secara sah oleh orang ramai di serata dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Sharon Tendler dan Cindy
Sharon Tendler mula jatuh cinta dengan seekor ikan lumba-lumba bernama Cindy. Dia jatuh cinta sejak pandangan pertama sejak mengunjungi Dolphin Reef di Israel pada awal 90-an. Walaupun namanya Cindy, tetapi Cindy adalah ikan duyung jantan.
Bermula dari perkenalan itu, Sharon kerap berkunjung ke Israel untuk melawat Cindy.
Pada tahun 2005 selepas 15 tahun ber 'kawan', Sharon dan Tendler dikahwinkan di Israel. Apabila ditanya adakah dia akan berkahwin dengan manusia lain, Sharon mengatakan yang beliau adalah jenis 'setia dengan satu ikan lumba-lumba.'
'Perkahwinan' mereka berakhir pada Jun 2006 selepas Cindy, yang pada ketika itu sudahpun berumur 40 tahun, mati. Bangkainya dicampakkan ke laut.
2. Selva Kumar dan Selvi
Selva Kumar semasa muda pernah menyeksa dua ekor anjing sehingga mati kerana marah dua ekor anjing itu sedang mengawan. Selva pada ketika itu baru berumur 18 tahun.
Semenjak hari itu, beliau merasakan hidupnya tidak keruan seolah mendapat bala daripada pembunuhan anjing yang dilakukan. Mula hilang keupayaan menggunakan kaki dan tangan serta pendengarannya mula hilang pada sebelah telinga, Selva Kumar meneruskan hidup sehinggalah seksaannya tidak dapat ditahan lagi. Beliau menemui seorang tukang tilik yang menasihatkan beliau supaya mengahwini seekor anjing.
"Selvi", seekor anjing betina berumur 10 tahun dipilih menjadi pasangan Selva dipakaikan sari berwarna jingga dengan kalungan bunga dipakaikan di leher Selvi. Keluarga Selva menyertai majlis yang dilakukan di sebuah kuil di Tamil Nadu.
3. Charles Tombe dan Rose
Charles ditangkap oleh tuan punya kambing bernama Rose ketika sedang melampiaskan nafsunya dalam keadaan hangat. Tuan punya kambing itu yang bernama Afifi dengan bantuan komuniti kampung memerintah Charles membayar mas kahwin kepada Afifi kerana telah mencemarkan kesucian kambing tersebut.
Dengan bayaran tersebut, Charles dan Rose dianggap telah pun berkahwin sebagai satu pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan tragedi apabila Rose tercekik plastik ketika mencari makan di sekitar pekan.
Hasil perkahwinan mereka, mereka mendapat seekor anak kambing jantan yang amat disayangi mereka berdua.
4. Joseph Guiso dan Honey
Joseph adalah seorang yang berpegang kuat kepada ajaran Kristian yang dianuti beliau. Oleh kerana itu, beliau merasa bersalah kerana bersekedudukan dengan seekor anjing betina bernama Honey yang dijaganya sejak kecil.
Merasakan hubungan yang terjalin lebih 5 tahun memerlukan satu ikatan yang lebih bermakna, Joseph memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan Honey dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah taman di Queensland.
Joseph memilih sut berwarna kelabu sementara Honey pula memilih untuk memakai kain berwarna putih. Seramai 30 orang ahli keluarga Joseph menyertai majlis tersebut.
5. Ngurah Alit dan Lembu Yang Menggodanya
Alit berumur 18 tahun adalah seorang remaja yang tinggal di kampung bernama Yeh Embang di Jembrana. Mungkin kerana sudah tidak tertahan sangat, Alit mencari seekor lembu lalu cuba mendatangi lembu itu dari belakang.
Ditangkap penduduk kampung dalam keadaan memalukan itu, Alit mengakui yang dia memang berkehendak untuk memuaskan nafsunya dengan lembu tersebut. Alasannya, lembu itu menggodanya dengan ayat-ayat yang membuatkan dia tak tahan.
Kampung itu, yang masih berpegang kepada kepercayaan mistik, menjatuhkan hukuman pada Alit supaya mengahwini lembu tersebut bagi mengelakkan bala menimpa kampung mereka.
Ketika majlis perkahwinan mereka, Alit menjadi tidak sedarkan diri lalu pengsan, sedangkan majlis berlangsung kerana tekanan akibat pihak media yang mengerumuni beliau.
Selepas tamat majlis tersebut, penghulu kampung itu mengisytiharkan yang kampung mereka sudah bebas ancaman. Perkahwinan mereka berakhir dengan singkat kerana lembu yang disetubuhi Alit dilemaskan di dalam laut ketika majlis berlangsung.