Lelaki berusia 84 tahun ini percaya bahawa kebersihan boleh membuatkan dia sakit. Atas sebab inilah dia tidak pernah mandi sejak 64 tahun yang lalu. Amou Haji nama diberi, dia hidup bersendirian tanpa keluarga di Kampung Dejgah, selatan Iran.
Haji sangat benci untuk bersentuhan dengan air. Cadangan untuk mandi sudah cukup membuatkan dia berasa marah dan hilang mood. Akibat keengganan mandi selama berpuluh tahun, warna kulit Haji hampir sama dengan warna tanah.
Dia boleh dikatakan berkemampuan untuk menyamar dengan alam sekeliling sebagai tanah. Malah, sangat mudah untuk orang ramai terkeliru antara dia dan patung batu sekiranya dia langsung tidak bergerak.
Haji bukan sahaja tidak suka mandi, kegeliannya terhadap makanan segar dan minuman bersih juga tidak dapat disangkal lagi. Sebaliknya, dia lebih suka makan makanan yang sudah rosak. Makanan kegemarannya adalah daging landak yang busuk.
Untuk menjaga kesihatannya, Haji minum 5 liter air setiap hari, namun dari dari sebuah tin minyak besar yang berkarat. Dia juga suka menggunakan najis binatang untuk menghisap paip (curut) berbanding tembakau.
Untuk merapikan bulu rambut, janggut dan lain-lain, dia tidak menggunakan gunting rambut atau mesin potong rambut. Sebaliknya, bulu-bulu tersebut dibakar. Pada musim sejuk, dia menggunakan sebuah helmet perang lama untuk memastikan kepalanya panas.
Hidup Haji sangat sederhana, dia tidak mempunyai rumah, Bumi adalah rumahnya. Dia tinggai di dalam sebuah lubang dalam tanah, lebih kurang sebuah kubur bagi menyedarkan dirinya tentang realiti kehidupan.
Kadang kala, dia tinggal dalam sebuah pondok terbuka yang dibina oleh orang kampung kerana kasihan akan dirinya. Dalam kalangan masyarakat tempatan, dia dikenali sebagai Amou Haji. Amou adalah terma Parsi yang membawa maksud seorang lelaki tua yang baik.
Cara hidup Haji sangat unik, dan ada kisah di sebalik pilihannya itu. Menurut cerita orang kampung, dia mengalami tekanan perasaan yang teruk semasa zaman remajanya, membuatkan dia memilih untuk hidup begini.
Walaupun begitu, dia dilihat lebih bahagia berbanding kebanyakan orang lain yang tinggal di rumah besar dengan keselesaan dan segala kemudahan. Haji langsung tidak kisah dengan kehidupan dunia. Tiada apa yang perlu dia takutkan.
Kisah Haji membuatkan penulis berfikir sejenak, apakah sebenarnya yang penting di dalam dunia ini? Sekurang-kurangnya mungkin kebersihan?
Haji bukanlah satu-satunya manusia di muka bumi ini yang bencikan mandi.
Kailash Singh: Lelaki Dari India Yang Tidak Pernah Mandi Selama 44 Tahun
Apakah yang membuatkan lelaki ini berhenti daripada melakukan mandian harian? Pada tahun 1974, tidak berapa lama selepas dia berkahwin, Kailash berharap untuk mempunyai seorang anak lelaki.
Seorang agamawan menasihatkan beliau untuk mengikut nasihatnya agar tidak membasuh atau memotong bulu dan rambutnya jika dia mahukan seorang anak lelaki.
Kini, 44 tahun kemudian, beliau adalah lelaki paling busuk di dunia selepas Haji, masih tidak mempunyai walaupun seorang anak lelaki mahupun perempuan. Lelaki tua ini masih meneruskan amalan tersebut dan berkata hanya seorang anak lelaki mampu mengubah keputusannya.
Trivia: Bilakah kali terakhir anda mandi?
Rujukan: