Kredit foto: Instagram Emma Maembong
Aktres, Emma Maembong mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi video sesi ‘makeover’ bapanya, Ismail Embong menerusi laman Instagram
Dalam rakaman berdurasi 58 saat itu menyaksikan rambut bapa pelakon Kimchi Untuk Awak ini digunting, serta janggut dan jambangnya dikemaskan.
“Misi kacak kan ayoh. Terima kasih banyak @shorteabarbershop kerana kacak kan ayoh saya,” tulis Emma yang mesra menyapa bapanya dengan gelaran 'ayoh'.
Rata-rata pengikut Emma memuji tindakan yang diambil aktres itu.
Malah, ada juga yang menganggap apa dilakukan Emma terhadap bapanya itu begitu 'sweet' sekali.
Tidak ketinggalan, bapa Emma turut menerima pujian kerana gelagatnya yang dianggap comel!
“@modesty_byfarasy: Comel lah ayoh Emma.”
“@nurulissajo30: Kemah keming. Steady lah ayoh.”
“@misbanormawati: Bab ni Emma sweet sangat.”
“@iilyanaaaa: Kasih yang tak terperi. Saya suka awak Kak Emma. Serius.”
“@saifzarakhan: Suka tengok Emma layan ayoh dia.”
Video itu dirakam sewaktu Emma membawa bapanya ke kedai gunting rambut milik pelakon Mustaqim Bahadon iaitu Shortea Barbershop yang terletak di Wangsa Maju.
Sumber berita: Astro Gempak