Kredit foto: Instagram Shikin Maembong , Facebook Emma Ma'embong
Siapa Shikin Maembong? Shikin Maembong, yang nama sebenarnya Siti Nur 'Ashikin Ismail, adalah kakak kepada pelakon wanita terkenal Malaysia, Emma Maembong.
Pada 13 Julai 2023, Shikin telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer ternama, Cat Farish, dalam majlis akad nikah yang diadakan di Asiana Grand Hall, Setapak, Kuala Lumpur.
Biodata
Nama penuh: Siti Nur 'Ashikin binti Ismail
Nama komersial: Shikin Maembong
Umur: 40 tahun (2023)
Tarikh lahir: 23 Mei 1983
Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak kelima daripada sebelas orang adik beradik
Pekerjaan: Usahawan
Instagram (IG): @shikin_maembong
Latar Belakang
1. Merupakan anak kepada pasangan Ismail Embong (bapa) dan Yatimah Zainab (nama asal Janet Nicole) (ibu). Bapanya berketurunan Melayu Terengganu, sementara ibunya berketurunan Scotland. Walau bagaimanapun pasangan ini telah bercerai.
2. Adiknya, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Ahmad Bakti Maembong termasuk kakaknya, Yaya Maembong terlibat dalam industri seni sebagai pelakon. Sementara itu, abangnya, Bakri, merupakan seorang pemuzik yang telah menyertai banyak kumpulan popular seperti Gerhana Skacinta, Flop Poppy, Azlan And The Typewriter, Meet Uncle Hussein, The Times dan banyak lagi.
3. Adik beradiknya yang lain ialah Coddy Maembong (kakak), Mukhsal Maembong (abang), Effa Maembong (adik) dan Beby Maembong (adik). Adiknya, Ahmad Shaiki Abdullah Ismail telah meninggal dunia. Manakala, Ahmad Bakti Maembong merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bergantung pada kerusi roda kerana tidak mampu berjalan.
4. Shikin pernah berkahwin dengan Chef Riz, anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014. Namun, mereka memutuskan untuk bercerai pada Jun 2016. Dalam perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Putri Arianna Natasya. Selepas itu, Shikin berkahwin untuk kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Mac 2020, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun.
5. Melalui perkongsian video di TikTok pada Januari 2023, Shikin mendedahkan bahawa dia pernah menjalani kehidupan sebagai isteri kedua, namun menganggapnya sukar kerana perlu melakukan banyak pengorbanan. Dalam perkahwinannya yang mendapat kebenaran daripada isteri pertama, bersama seorang individu yang identitinya dirahsiakan, Shikin menyatakan bahawa dia perlu mengalah dalam banyak perkara dan belajar untuk hidup berdikari.
6. Menerusi hantaran di laman Instagram pada 2023, Shikin mendedahkan bahawa dia telah menderita masalah saraf yang menyerang bahagian mukanya, iaitu Bell's Palsy, sejak 12 tahun yang lalu. Keadaan ini menyebabkan wajahnya menjadi senget sebelah. Shikin mengatakan bahawa situasi ini melanda dirinya secara tiba-tiba ketika dia sedang bersarapan pagi. Walaupun telah mencuba pelbagai rawatan, kesembuhannya hanya berada pada tahap ini. Meski begitu, Shikin masih menyimpan harapan untuk pulih sepenuhnya dan tidak berputus asa.
Fakta Menarik
1. Baba, begitu panggilan manjanya.
2. Mengusahakan gerai Cekopis iaitu perniagaan popia pisang yang terletak di Kuala Lumpur.
3. Mempunyai bakat melukis seperti bapanya yang merupakan seorang pelukis terkenal di negara ini.
4. Pelakon Wan Raja ialah abang iparnya yang juga suami kepada Yaya Maembong.
Baru-baru ini, Shikin berkahwin kali ketiga dengan penyanyi kumpulan Ruffedge dan pelakon, Cat Farish pada 13 Julai 2023, dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Asiana Grand Hall, Setapak, Kuala Lumpur. Dengan mas kahwin RM200, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, bertindak sebagai juru nikah dengan berwalikan Ismail Embong, bapa Shikin.
Pihak pengantin perempuan menghantar lima dulang hantaran yang kemudiannya dibalas dengan tiga dulang oleh pihak pengantin lelaki. Perkongsian hidup ini merupakan perkahwinan ketiga bagi kedua-dua mereka. Pasangan pengantin baharu ini kemudian diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada 15 Julai 2023.
Menurut Shikin, hubungan mereka bermula selepas mereka berkenalan semasa mengikuti festival jualan Aidilfitri, Starvendor, yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC pada Ramadan 2023.
Sebelum ini, Cat pernah membina rumah tangga dengan seorang wanita bernama Suriani Hassan pada November 2020 sebelum hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Januari 2023. Penyatuan hidup mereka tidak diserikan dengan cahaya mata. Selain itu, Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli sebelum berpisah pada April 2016. Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan tiga orang anak, iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Gambar
Adik-beradik Shikin Maembong (tiada dalam gambar: Yaya Maembong)
Kredit foto: Instagram Shikin Maembong , Facebook Emma Ma'embong
Sumber:
1. Cat Farish kini suami Shikin
2. Rendang pemikat hubungan Shikin Maembong, Cat Farish