Biodata
1. Pemilik nama penuh Fatimah Rohani binti Ismail. Dikenali sebagai Emma Maembong. Nama panggilannya Timah dan Emma.
2. Lahir pada 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kini berusia 27 tahun (2019).
3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
4. Berketinggian 1.55 meter.
5. Anak kepada pasangan Ismail Embong (bapa) dan Yatimah Zainab (ibu). Bapanya berbangsa Melayu, manakala ibunya berketurunan Scotland. Bagaimanapun pasangan ini sudahpun bercerai. Emma kini berada di bawah jagaan bapanya.
6. Anak kesembilan daripada sebelas beradik. Adiknya, Chacha Maembong dan kakaknya, Yaya Maembong juga bekerja sebagai pelakon. Antara adik-beradiknya yang lain ialah Shikin Maembong (kakak), Beby Maembong (kakak), Coddy Maembong (kakak), Effa Maembong (adik), Ahmad Maembong (abang), Bakri Maembong (abang) dan Bakti Maembong (abang).
7. Sebagaimana bapanya, Emma juga tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah hanya bersekolah hingga tingkatan dua. Menjawab kecaman netizen berhubung isu itu, Emma menjelaskan dia mempunyai seorang adik di rumah yang perlu dijaga kerana tidak mampu berjalan.
8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.
9. Merupakan pelakon dan model.
10. Pernah membintangi filem Werewolf Dari Bangladesh, Kimchi Untuk Awak dan Hantu Rumah Sakit Jiwa. Juga drama, antaranya Kau Yang Terindah, Projek Memikat Suami, Tersuka Tanpa Sengaja, Awak Suka Saya Tak dan My Coffee Prince. Termasuk telefilem Ciptaan Terindah, Hantu Selfie. Tangisan Kubur, Sesaat Bahagiaku dan banyak lagi.
11. Pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Ratu Telenovela dan Pelakon Wanita Profilik di Anugerah Telenovela 2017, serta Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
12. Mempunyai bakat melukis sebagaimana bapanya yang juga seorang pelukis.
13. Mula tampil dengan imej berhijab sejak tahun 2014.
14. Pernah dikatakan bercinta dengan pelawak Zizan Razak pada sekitar 2011, namun 'putus' pada awal 2015 sebelum dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli. Namun pada 2017, Emma sekali lagi gagal dalam perhubungan itu dek kerana orang ketiga. Emma bagaimanapun meneruskan persahabatan dengan Kamal ketika aktor itu menjuarai pertandingan SuperSpontan Superstar, namun sejauh mana status hubungan mereka sehingga kini masih menjadi tanda tanya.
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Shikin Maembong, Kakak Kepada Emma Maembong
Baca: 8 Fakta Pelakon Emma Maembong Yang Ramai Tak Tahu!
Foto
Video
Kredit:
1. Wikipedia
2. Astro Awani
3. Mstar