Kredit foto: carigold.com
Aktor dan sutradara, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah, hingga tercetusnya insiden kekecohan di Balai Polis Kota Damansara pada bulan lalu.
Dalam laporan polis yang dilakukannya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu itu juga menyatakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa beliau ditahan reman baru-baru ini.
Sementara itu, tiga rakan artis yang dimaksudkan adalah pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.
Farid turut mendakwa dia diberikan rokok yang disalut sejenis cecair daripada tiga rakan selebriti itu hingga menjadi khayal.
Dalam masa sama, beliau menamakan pegawai polis yang menyebabkan kecederaannya sewaktu direman.
Pelakon ini turut mempersoalkan foto penahanannya yang menjadi tular hingga sampai ke pihak media.
Sumber berita: The Malay Mail Online