Dennis Kimetto seolah-olah muncul secara tiba-tiba ketika beliau kelihatan mengambil bahagian dalam larian jarak jauh antarabangsa pada tahun 2011.

Tetapi dia dengan pantasnya menguasai separuh maraton dan kemudian maraton penuh, dalam perjalanan mencipta rekod dunia maraton pada tahun 2014.

Seorang petani yang minat berlari

dennis kimetto pencipta rekod dunia maraton

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebagai seorang pelajar yang masih muda di Kenya, Dennis Kimetto gemar dalam perlumbaan larian, tetapi keadaan kewangan keluarganya membuatkan kerjaya kompetitif dalam larian kelihatan seperti sesuatu yang mustahil.

Untuk membantu keluarganya bertahan dari segi kewangan, Dennis mula bekerja di ladang keluarganya di Eldoret. Beliau bertanggungjawab ke atas tanaman jagung dan menjaga lembu.

Walau bagaimanapun, dia tidak bercadang untuk berhenti daripada sukan larian secara sepenuhnya. 

Dennis melakukan larian jarak sederhana di kawasan kejiranannya, yang mana termasuk kemudahan latihan berdekatan.

Dalam salah satu daripada latihannya, Dennis berselisih dengan seorang lagi pelari di jalan, Geoffrey Mutai.

dennis kimetto dan geoffrey mutai

Geoffrey menyedari bahawa teknik larian oleh Dennis sangat baik, membuatkannya memutuskan untuk mengekori Dennis bagi mengetahui siapa sebenarnya pelari tersebut.

Geoffrey kemudiannya menjemput Dennis untuk berlatih dengannya bersama yang lain, termasuklah Wilson Kipsang, di Kapng'etuny.

Seperti yang dijangkakan, Dennis Kimetto menerima tawaran dan berlatih secara separuh masa, bermula pada tahun 2008.

Kemudian, dengan mendapat restu daripada keluarganya, beliau meninggalkan ladang keluarganya untuk berlatih secara sepenuh masa.

Perjalanan menuju ke puncak

dennis kimetto pencipta rekod dunia maraton 139

Dennis Kimetto menikmati kejayaan antarabangsa pertamanya dalam perlumbaan separuh maraton.

Pada tahun 2011, beliau memenangi Nairobi Half Marathon dengan catatan 1:01:30, kemudian meneroka di luar Kenya untuk memenangi RAK Half Marathon, di UAE, dengan catatan yang lebih baik iaitu 1:00:40.

Dennis meneruskan kejayaan itu dengan kemenangan dalam Berlin Half Marathon 2012 , dengan catatan peribadi terbaik iaitu 59:14.

Kerana kesilapan pada pasport  dan kerana beliau tidak pernah dikenali sebelum ini, Dennis Kimetto dirujuk sebagai Dennis Koech dalam dunia larian pada tahun 2011 dan sebahagian daripada tahun 2012.

Lebih merumitkan kesilapan, usianya juga tersilap ditulis sebagai 18 tahun dan bukannya 28 tahun.

Jadi, untuk seketika, masa dan rekod pencapaiannya iaitu 59:14 di Berlin dianggap sebagai rekod dunia separuh maraton junior yang baru.

dennis kimetto 2

Dennis mempunyai dua lagi perlumbaan yang sangat berjaya di Berlin pada tahun 2012.

Pertama, beliau memenangi perlumbaan 25 kilometer BIG 25 dengan catatan rekod dunia iaitu 1:11:18, memecahkan rekod dunia sebelumnya oleh Sammy Kosgei dengan 1:11:50.

Selepas memenangi perlumbaan, Dennis mengumumkan bahawa "matlamat jangka panjangnya dalam maraton adalah mencatatkan rekod dunia," walaupun ketika itu beliau belum mengambil bahagian dalam larian maraton kompetitif.

Dennis melakukan debut maratonnya di Berlin, dan berlari dengan rakan latihan dan individu yang bertanggungjawab menjumpainya, Geoffrey Mutai.

Sepanjang larian, Dennis mengekori Geoffrey sehingga ke garis penamat dengan menamatkan larian di tempat kedua dengan catatan 2:04:16.

Masa tersebut adalah debut maraton terpantas pernah direkodkan dan juga pada ketika itu, catatan ke-5 terbaik dalam sejarah maraton.

Setahun kemudian, Kimetto menempa kejayaan dan mencipta rekod baru dalam marathon yang diadakan di Tokyo dan Chicago. 

Mencipta rekod dunia 

dennis kimetto dengan catatan rekod dunianya

Dennis Kimetto memenuhi matlamat yang telah ditetapkannya 2 tahun sebelumnya apabila dia melakukan larian maraton dengan catatan di bawah 2:03 yang mana belum pernah dicatatkan sebelum itu oleh sesiapa pun

Catatang tersebut memberikan kemenangan kepada Dennis dalam maraton 2014 Berlin, dengan catatan rekod dunia 2:02:57, memecahkan rekod sebelumnya oleh Wilson Kipsang iaitu 2:03:23.

Dennis berlari dalam kumpulan pek utama untuk kira-kira separuh perlumbaan, tetapi melancarkan langkah deras di penghujung untuk mencapai kemenangan.

Catatan separuh pertama lariannya adalah 61:45, manakala separuh kedua bertambah baik kepada 61:12, perbezaan sebanyak 33 minit.

Dennis secara puratanya berlari dengan catatan masa 4:41:5 untuk satu batu (1.6km), dan 14:34:9 untuk 5 batu (8km).

Kembali menyumbang kepada masyarakat

dennis kimetto kembali menyumbang kepada masyarakat

Apabila tidak melakukan larian, Dennis Kimetto melakukan pelbagai kerja sukarela di Kenya, termasuklah membantu membina gereja dan membantu pelajar dengan kos pendidikan.

"Saya juga membantu atlet muda yang berada di permulaan kerjaya mereka, kerana mereka sekarang seperti saya satu ketika dahulu dan saya tahu betapa pentingnya dibantu pada permulaan. Pada masa akan datang mereka adalah pemegang rekod dunia dan juara, jadi saya merasa penting untuk membantu mereka," kata Dennis Kimetto.

Statistik Dennis Kimetto

Ketinggian: 170 sentimeter Height: 5 feet, 7 inches

Berat: 55 kilogram

Tarikh lahir: 22 Januari 1984

Asal: Eldoret, Kenya

Masa terbaik: 59:14 (separuh maraton), 2:02:57 (maraton)




Hakcipta iluminasi.com (2017)