Oleh pada 17 Oct 2019 kategori

Pada pagi 12 Oktober 2019 di Vienna, Eliud Kipchoge menjadi manusia pertama dalam sejarah menamatkan larian maraton di bawah masa 2 jam.

Masa yang dicatatkan beliau iaitu 1:59:40 adalah yang paling pantas dilakukan oleh mana-mana pelari dalam sejarah manusia bagi jarak 42 kilometer dalam acara Cabaran INEOS 1:59.

Bagi yang tidak tahu, Kipchoge merupakan bekas petani yang biasa berjalan lebih daripada 3 kilometer ulang-alik ke sekolah dan berbasikal ke bandar terdekat untuk menjual susu di pasar setempat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan dengan kerja keras dan disiplin, beliau menjadi manusia terpantas di dunia bagi jarak 42 kilometer, memecahkan rekodnya sendiri dengan catatan 2 minit lebih pantas daripada sebelumnya.

Apabila Kipchoge melepasi garisan penamat dengan catatan masa 1:59:40, semua penyokong berteriakan, menyanyi, dan menari. Namun, tak semua bersetuju dengan rekod yang dicipta Eliud Kipchoge. 

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Paul Bisceglio berjudul "Rekod dunia palsu paling hebat", dia mendakwa bahawa Kipchoge sememangnya mencatatkan masa paling pantas di dunia dalam jarak maraton, tetapi beliau tidak "berlari maraton".

Dalam acara itu, seorang juruhebah menggambarkan catatan rekod itu sebagai "detik Neil Armstrong". Sudah tentu, Kipchoge sendiri telah berulang kali menyamai prestasinya sebelum ini untuk sampai ke "bulan".

Namun, seperti pendaratan di bulan oleh Neil Armstrong, larian Kipchoge adalah satu pencapaian teknikal yang memerlukan perancangan dan sokongan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Malah, ia dirancang dengan begitu keterlaluan sehinggakan catatan terpantas itu tidak akan dikira sebagai rekod dunia.  

Satu jam dan 59 minit sangat pantas sehinggakan ia sukar untuk dihadam. Walaupun jarak yang menggerunkan, Kipchoge mencatatkan kira-kira 4 minit 30 saat bagi setiap kilometer.

Kelajuan ini dirasakan seperti pecutan habis-habisan bagi hampir semua orang, itupun jika mereka dapat bersaing dengan Kipchoge.

Untuk mengekalkan kadar kelajuan ini, Kipchoge berlari dengan syarat-syarat yang telah dirancang dan disusun secara eksklusif untuk mendorongnya melepasi halangan dua jam.

Cabaran INEOS 1:59 bukanlah satu perlumbaan maraton biasa, tetapi ia hanya melibatkan Kipchoge dan disertai dengan sepasukan pelari berganti-ganti sebagai pacesetter.

Pacesetter adalah pelari yang berlari bersama-sama untuk memberikan rentak larian yang diperlukan pelari utama.

pacesetter membantu eliud kipchoge dengan berlari dalam formasi menghalang angin

(Pacesetter membantu Eliud Kipchoge dengan berlari dalam formasi mengurangkan rintangan angin)

Perancangan acara ini sangat sempurna di mana pihak penganjur memilih litar hampir 10 kilometer di sepanjang Sungai Danube yang mana jalannya adalah rata, lurus dan berhampiran dengan paras laut.

Sebahagian daripada jalan ditandakan dengan laluan paling pantas dan sebuah kereta mengemudi pelari dengan memancarkan laser di hadapan mereka untuk menunjukkan kadar kelajuan yang tepat.

Seramai 7 orang pacesetter dan jaguh pelari jarak jauh yang lain berlari bersama Kipchoge pada satu-satu masa dalam formasi yang menghalang angin, direka oleh pakar aerodinamik.

Kipchoge sendiri memakai kasut penuh kontroversi iaitu Vaporfly, ciptaan terbaru Nike dan masih belum dikeluarkan. Kasut ini disahkan oleh para penyelidik di atas kemamouannya untuk mengurangkan masa pelari maraton.

kasut nike vaporfly yang dikatakan dapat mengurangkan masa larian maraton

(Kasut Nike Vaporfly yang disahkan penyelidik dapat mengurangkan masa larian maraton)

Beliau juga mempunyai akses tidak terhad bagi minuman tinggi karbohidrat kegemarannya, ihsan daripada pelumba basikal yang menunggang bersama kumpulan itu.

Dan masa permulaan acara pula dijadualkan dalam tempoh lapan hari untuk memastikan mereka dapat memilih cuaca yang terbaik.

Dengan bantuan menyeluruh seperti ini, digabungkan dengan hakikat bahawa Kipchoge tidak bersaing dengan sesiapa pun telah memaksa acara ini terbatal dari syarat-syarat maraton dan menghalang pencapaian beliau daripada dikira sebagai rekod sebenar.

Pihak penganjur menyedari sepenuhnya tentang perkara ini dan acara itu, mungkin paling sesuai digelar sebagai "pameran maraton" seperti yang dirujuk oleh majalah Outside.

Satu-satunya pertandingan maraton profesional yang menyerupai acara kali ini adalah Breaking2 pada tahun 2017.

Breaking2 adalah sebuah kempen Nike yang melihatkan Kipchoge dan dua atlet lain berlari di trek lumba motosikal di bawah keadaan yang sama seperti di INEOS.

eliud kipchoge catatkan masa larian maraton terpantas di dunia 2 570

Ketiga-tiga mereka gagal memecahkan rekod kurang dari 2 jam, namun catatan masa Kipchoge adalah cukup hampir untuk meyakinkan INEOS, sebuah syarikat kimia berpangkalan di United Kingdom yang memiliki beberapa francais sukan, bahawa catatan kurang dari 2 jam dapat dipecahkan hanya dengan sedikit penambahbaikan dan pengubahsuaian.

Tetapi dengan penambahbaikan yang hebat, sudah tentunya akan mengundang kontroversi yang sama hebatnya. Dari satu sudut, Cabaran INEOS 1:59 adalah bukti jelas bagaimana wang boleh membeli apa-apa sahaja, termasuklah catatan rekod terpantas maraton.

Cabaran INEOS adalah lebih kepada cara untuk memperbaiki keadaan larian maraton berbanding kemampuan Kipchoge untuk mempamerkan kebolehan baru.

Jika kita fikirkan, bandar-bandar yang berbeza di mana maraton diadakan mempunyai laluan yang berbeza yang terkenal dengan cabaran unik masing-masing. untuk cabaran unik mereka.

cubaan pecahkan rekod kurang dari 2 jam dalam acara breaking2 83

(Percubaan mencatatkan rekod kurang dari 2 jam dalam acara Breaking2 yang berakhir dengan kegagalan)

Sebagai contoh, Berlin menjadi perlumbaan pilihan sejak kebelakangan ini untuk mencipta rekod dunia. Tetapi walaupun laluannya adalah rata dan pantas, tiada siapa yang menganggap ia adalah laluan maraton yang ideal.

Sebelum ini, wartawan Ed Caesar menulis dalam Two Hours, sebuah buku tentang masa depan larian marathon, bahawa satu-satunya cara seseorang dapat mencatatkan masa kurang dari dua jam adalah dengan merancang sebuah maraton dengan tujuan kelajuan secara sepenuhnya. sepenuhnya untuk tujuan kelajuan.

Konklusinya adalah jika larian Kipchoge tidak dirancang dengan baik dan secara menyeluruh terlebih dahulu, kemungkinan catatan kurang dari dua jam adalah sesuatu yang mustahil.

Namun, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa beliau adalah pelari maraton yang paling hebat dan dahsyat dalam sejarah manusia.

Rujukan:

1. The Atlantic

2. The Star

3. Kottke




Hakcipta iluminasi.com (2017)