Oleh pada 19 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Susulan dakwaan sudah putus tunang dengan Elfira Loy, laman Instagram penyanyi Sufian Suhaimi dibanjiri komen netizen yang mahukan penjelasan beliau. 

Ada juga di kalangan peminat yang berharap ikatan pertunangan pasangan muda yang dibina pada 6 Oktober itu akan terus berkekalan. Segelintir lagi mencemuh Sufian kerana menganggap dia seperti mempersiakan Elfira.

Menurut laporan Harian Metro, usaha mereka untuk mendapatkan komen Sufian tentang hal itu gagal kerana nombor telefon asalnya sudah tidak aktif.

Manakala Elfira pula dikhabarkan sedang menghabiskan masa bercuti bersama adik-beradiknya di New York, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, menerusi wawancara Harian Metro bersama Sufian ketika kemunculan beliau di karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-32 minggu lalu, penyanyi lagu Terakhir itu berkata:

“Saya berjalan seorang kerana Elfira sekarang berada di New York. Dari Makkah dia terus ke sana."

Sufian juga menegaskan beliau dan Elfira masih lagi bersama.

Begitupun, kiriman Instagram Stories (IG Stories) Elfira pada Jumaat lalu seakan meleraikan spekulasi yang bertebaran selepas seorang netizen melayangkan komen sinis di Instagramnya.

Kata individu itu, "Hai Cik Elfira, barang mekap nak tayang, pergi umrah tayang menangis, pergi New York tayang bilik RM3,200, swafoto setiap hari pun tayang kening, tunang pun tayang juga itu hari siap kapsyen 'tunang saya gais', putus tunang tak nak tayang ke?”

Enggan berdiam diri, Elfira memuat naik kenyataan balas dengan mempersoalkan kembali apakah sebabnya dia perlu berbuat demikian.

“Beri saya sebab (tell me a reason). Sekarang mari saya ajar bagaimana untuk memantulkan kembali apa yang anda katakan. Kalau orang cakap macam ini, apa perasaan anda?

“Kenapa masih nak ‘stalk’ saya jika tidak sukakan saya? Contoh, apa yang saya muat naik, awak masih tengok kan?,” tulis Elfira berang. 

beri saya sebab elfira loy 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Mengimbau episod percintaan pasangan ini, Elfira pernah memberi kejutan 'sweet' sempena ulangtahun kelahiran ke-25 Sufian dengan membawa jejaka itu menaiki helikopter.

Mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya berkahwin sekitar Mac ini.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)