Oleh pada 28 Feb 2025 kategori

Pernah tak korang berangan nak ajak orang yang anda suka keluar tapi otak terus jadi gelabah semacam?

Tangan anda pun mulalah berpeluh, hati rasa berdebar-debar dan semua ayat yang dah ada dalam kepala hilang diganti dengan rasa cemas. Kalau ya, jangan risau..penulis pernah menjalani situasi sebegitu dan yakinlah, anda tak keseorangan.

Macam mana nak ajak seseorang yang anda suka keluar sama-sama tanpa rasa gelabah dan awkward? Yang lebih penting, macam mana nak handle situasi KALAU ajakan anda kena tolak? Jom baca.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Baca ‘Vibe’ Dia Dulu

teknik bersuara

Sebelum ajak, cuba tengok dulu interaksi antara anda dan dia. Tanya dengan diri sendiri dan jawab dengan jujur serta ikhlas; anda rasa dia selesa berbual dengan anda? Ada tak nampak dia selesa dengan anda atau vibe dia lebih kepada nak lari, masuk dalam tong?

Kalau dia selalu bagi jawapan pendek-pendek kepada pertanyaan anda atau memang jelas nampak macam tak berminat, kena terimalah belum masanya lagi.

Tapi kalau dia selalu gelak dengan lawak anda walhal anda sebenarnya tak kelakar, segera balas mesej dengan penuh semangat atau cuba nak ajak berbual walaupun tak ada benda nak dibualkan, itu petanda baik!

2. Jangan FIkir Mendalam Kalah Profesor

terlalu bimbang buat keputusan

Ramai orang sebenarnya gagal ajak orang yang dia suka keluar bukan sebab tak berani, tapi sebab anda cuba fikir bermacam-macam perkara yang anda sendiri tak tahu hakikatnya.

“Kalau dia tolak macam mana?” “Patut ajak dinner atau coffee dulu?” “Aku ni cukup menarik ke?” Berhentilah fikir benda-benda sebegini. Fikir aje secara mudah.

Kadang-kadang kita kena terima, cara paling mudah ialah cara terbaik. Cuba ajak dia cuba restoran atau kafe baru, secara santai. Cuba aje ajak dia keluar gi tengok perlumbaan lumba haram tepi highway sebagai kawan.

Cuba je! Tak perlu fikir jauh sangat. Kalau dia OK, dia kata OK. Kalau dia tak nak....anda gi lah tengok lumba haram sorang.

3. Pilih masa dan kaedah yang terbaik

cuaca mendung guruh kilat

Kalau kita dah tahu waktu tu dia tengah kelam-kabut, janganlah anda gatal nak dia ajak keluar serentak dengan waktu dia stress dengan kerja atau assignment bertimbun.

Pilihlah masa yang sesuai. Kalau anda pelajar, hujung semester. Kalau anda dah kerja? Selepas saja syarikat anda berjaya menamatkan projek yang besar. Waktu tu moral semua orang akan rasa lega.

Nak ajak dia keluar, nak tak nak cara bersemuka atau face-to-face paling berkesan sebab anda boleh nampak terus reaksi dia. Tapi kalau rasa tak sanggup nak hadap penolakan secara berdepan, tak salah nak ajak melalui mesej atau panggilan telefon.

Paling penting, kalau tinggalkan voice note untuk ajak dia keluar tu, buat secara santai, ringkas dan padat. Kalau voice nota saja dah 10 minit, siap ada intro, drama sebabak dan bunyi anda bangun pergi jamban, tak payah hantar.

4. Bersedia Untuk Terima Apa Saja Bentuk Jawapan

wanita sedih wajah

Ni kita masuk bab sedih sikitlah. Kena terima bahawa tak semua orang akan kata ‘ya’. Dan kalau dia tolak, janganlah ambil hati sangat.

Mungkin dia betul-betul sibuk atau tak bersedia untuk dating. Mungkin juga ada sesuatu yang sangat tak menarik pada diri anda. Haha. Yang penting, anda dah cuba.

Dan penulis ingatkan balik, anda tak rugi apa pun kalau kena tolak. Janganlah otak anda dah mula fikir nak buat benda bukan-bukan, macam....terjun jambatan atau baring kat landasan keretapi. Tak perlu. Jodoh anda pasti ada kalau anda terus mencari.

5. Yakin Diri, Tapi Jangan Overkonfiden

lelaki terlalu yakin dengan ndiri sendiri

Sebagai seorang lelaki yang pernah lah juga mengalami zaman dating yang penuh onak ranjau, penulis nak cakap kat anda bahawa sifat yakin tu penting dalam diri.

Tapi kadangkala ada jenis orang, dia terlalu yakin dengan diri sendiri sampai dia rasa siapa yang tolak dia bodoh atau tak ada taste. Janganlah kerana ditolak, kita terus cop orang yang kita sebenarnya tertarik tu dengan bermacam gelaran pula.

Sikap pushy atau try hard untuk buat orang yang kita suka, suka kat kita ni, memang menjengkelkan kepada mereka yang kena menghadapnya. Silap-silap daripada dia tak ada rasa apa-apa kat kita (sebab tu dia tolak kita) akhirnya dia jadi menyampah dengan kita.

Bukan setakat menyampah, dia beritahu kat semua kawan dia supaya menyampah dengan kita...kerana kita rasa kita ni manusia idaman yang sepatutnya diterima saja sesiapa yang kita approach.

Orang lain lebih tertarik dengan perangai rendah diri dan humble berbanding taktik cuba nak tunjuk kat orang lain, yang kita ni bagus sangat dan siapa tolak kita, tak tahu menghargai barang baik punya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)