Kredit foto: Instagram Amira Othman , X Amira Othman , Facebook Irfan Haris

         

Selain dilantik sebagai duta rasmi Jakel Raya 2025, Amira Othman semakin mencuri perhatian menerusi lagu Bila Nak Kahwin dan gosip cintanya bersama Fattah Amin.

         

fattah amin 25117

       

Jom ketahui 10 fakta menarik tentang penyanyi ini!

        

amira othman 11529

        

1. Nama penuh Amira Othman ialah Nadia Amira binti Othman, anak kelahiran Skudai, Johor pada 26 Oktober 1993, yang kini meniti umur 32 tahun pada tahun 2025.

         

siapa amira othman anak orang kaya age bertunang songs height nikah birthday pekerjaan

        

2. Dilahirkan sebagai anak kedua, Amira membesar dalam keluarga enam adik-beradik – tiga lelaki dan tiga perempuan.

         

adik amira othman 92515

        

3. Menempuh pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru, Amira mula memupuk minat terhadap nyanyian sejak sekolah rendah. Bakatnya semakin menonjol ketika di sekolah menengah apabila aktif dalam pertandingan nyanyian di sekitar Johor.

        

amira othman af

        

Perjalanannya diteruskan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bagi meraih kelulusan Diploma Jurusan Muzik dengan pengkhususan dalam vokal klasik.

         

amira othman cerai

        

4. Amira membuka lembaran baru dalam dunia seni suara ketika berusia 20 tahun dengan menyertai Akademi Fantasia (AF) 2013 musim ke-10. Musim itu turut melahirkan artis terkenal seperti Hael Husaini, Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz, manakala Amira menutup saingan di tempat ketiga ketika konsert akhir.

         

fattah amin amira othman

        

5. Amira memiliki susuk tubuh dengan ukuran ketinggian 165 sentimeter (cm).

          

adik beradik amira othman

Amira Othman bersama ibu, bapa dan adik beradik.

         

6. Dalam keluarganya, minat dalam muzik bukan hanya milik Amira seorang. Irfan Haris dan Haikal Iskandar, dua adik lelakinya, turut mengorak langkah sebagai penyanyi dan komposer. Irfan pernah bertanding di Ceria Pop Star, Idola Kecil dan Big Stage Musim ke-2.

         

amira othman wikipedia

         

Keseluruhan keluarga Amira menyemai cinta terhadap muzik, namun hanya tiga orang ini yang menjadikannya kerjaya sebagai penyanyi.

        

keluarga amira othman

       

7. Dalam lipatan kisah peribadi, Amira pernah menjalinkan cinta bersama Azhar, bekas anggota Azhael, namun hubungan itu tidak berkekalan. Mereka sama-sama pernah berjuang di rancangan Akademi Fantasia 10.

         

umur amira othman

        

8. Menelusuri akaun media sosial Amira, jelas terpancar keakraban persahabatannya dengan selebriti terkenal seperti Wany Hasrita, Nabila Razali dan Hawa Rizwana, apabila mereka sering berkongsi foto bersama, meluangkan masa dan saling meninggalkan komen di ruangan hantaran.

        

amira othman kahwin 22513

        

9. Amira pernah menyertai program The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada tahun 2023 bersama adiknya, Irfan Haris, sebagai maskot Cili Padi, namun rezeki mereka hanya bertahan hingga minggu kedua.

         

amira othman bila nak kahwin

        

10. Dalam dunia muzik, Amira dikenali menerusi lagu-lagu hit seperti Hati Hati, Jaga Jaga, Bila Nak Kahwin, Mimpi Indah, Surat Akhir dan Alah Bisa (bersama Faizal Tahir).

        

amira othman fattah amin

Kredit foto: Instagram Amira Othman , X Amira Othman , Facebook Irfan Haris

        

Juga termasuk, Sambil (bersama Irfan Haris), Takkan Merubah (bersama Sufian Suhaimi), Sesaat Untukku, Biar Masa (bersama Raqib), Tragedi dan Sampan Mimpi.

Sementara di layar, wajahnya pernah menghiasi drama Abang Bomba I Love You, Red Velvet, Misteri Jenazah dan Patah Sayap Bertongkat Paruh, selain filem Tiada Tajuk.

         

Baca: 10 Fakta Pelakon Fattah Amin Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Fazura Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Siti Saleha Kahwin, Ini Biodata Suami Barunya, Joshua Fitton

           

Kredit video: Amira Othman - Bila Nak Kahwin? (Official Music Video)

        

Sumber:

1. Amira pilih lelaki hormat mama dan abah

2. Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi

3. Biodata Selebriti Amira Othman | A.Aida Production

4. Instagram Amira Othman

5. Trek Selebriti Bersama Amira Othman

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)